Monday, 5 October 2015

TUNTUT CERAI HANYA KERANA PENDEK

Tuntut Cerai Hanya Kerana Pendek. Memang dunia sekarang semakin pelik dan gila. Tidak kira dalam apa juga situasi pasti ada sahaja yang kekadang tidak masuk akal termasuk dalam hubungan suami isteri. Apa kisahnya pula dengan suami pendek ?

[caption id="attachment_6222" align="aligncenter" width="229"]suami pendek GAMBAR HIASAN[/caption]

Seorang isteri di Arab Saudi menuntut cerai keatas suaminya dengan alasan tidak tahan lagi dengan hinaan keatasnya. Semua gara-gara fizikal suami yang pendek. Fizikal suaminya yang pendek menyebabkan dia malu kerana sering dihina dan merasakan satu-satu pilihan yang ada adalah dengan memohon cerai. Dia yang hanya berkahwin selama tujuh bulan memberitahu pihak berkuasa bahawa dia tidak lagi boleh menahan penghinaan daripada masyarakat kerana fizikalnya yang jauh lebih tinggi daripada suaminya.

Macam-macam hal sudah zaman sekarang ini. Kahwin cerai, dengan alasan yang memang tidak masuk aku dan kekadang kelakar pun ada.

sumber Gulf News

No comments: