Saturday, 10 October 2015

BERITA PALSU PEKIN IBRAHIM MENINGGAL

BERITA PALSU PEKIN IBRAHIM MENINGGAL. Agaknya memang menjadi trend zaman sekarang apabila media sosial digunakan untuk menyampaikan sesuatu berita yang tidak sahih sehingga boleh menjadi viral. Apa lagi berita tentang kematian selebriti yang dikenali.

[caption id="attachment_6243" align="aligncenter" width="428"]Twitter Palsu Pekin Meninggal Twitter Palsu Pekin Meninggal[/caption]

Terbaru adalah berita tentang pelakon Pekin Ibrahim meninggal dunia yang tersebar di laman sosia Twitter. Pelakon itu sendiri terkejut apabila berita palsu kematiannya tersebar meluas di laman sosial Twitter. Pekin hanya mengetahui tentang berita kematiannya selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan terdekat. Berikutan penyebaran berita palsu itu, telefonnya juga tidak pernah berhenti menerima panggilan.

Dalam pada itu, Pekin turut menyatakan rasa terkilan atas perbuatan mereka yang menyebarkan berita yang tidak benar.

No comments: