Berikut 3 senaman paling berkesan untuk mengecilkan perut yang wajib anda cuba. Bahkan untuk melakukan senaman ini, ia tidak mewajibkan anda ke gym.Melakukannya di rumah pun boleh!
Jangan lupa pengawalan makanan.. Pola permakanan. Tapi saya share untuk pola pemakanan boleh ikut formula adkin. InsyaALLAH boleh.. Cubalah.. Minum air putih banyak.
- Sit Up
Sit up merupakan gerakan mengangkat tubuh bahagian atas daripada posisi telentang ke atas dengan menggunakan otot perut. Di samping itu, anda boleh juga menggabungkan dengan ‘crunche’ iaitu mengangkat bahagiantubuh sebanyak 30 darjah daripada posisi awal, ke kiri dan ke kanan secara bergantian.
- Push Up
Push up cukup berkesan untuk membakar lemak tubuh.Jika anda tidak berupaya melakukan push up dengan tumpuan di hujung jari kaki, anda boleh mencuba push up dengan lutut sebagai tumpuan. Apabila anda sudah yakin dengan kekuatan tangan, jangan lupa untuk mencuba melakukan push up dengan menggunakan hujung jari kaki sebagai tumpuan bagi mendapatkan hasil workout yang lebih baik dan cepat.
- Squat
Ia merupakan gerakan duduk di kerusi bayangan. Ketika melakukan squat, anda akan menggerakan tubuuh naik-turun dengan kaki sebagai tumpuan.Bagi permulaan, anda boleh melakukan squat sebanyak 50 kali. Bagi anda yang belum biasa melakukannya, sudah pasti akan mengalami sakit pada bahagian kaki di permulaan anda workout. Setiap hari anda perlu tambahkan latihannya sedikit demi sedikit supaya lemak-lemak yang ada di perut terbakar dan berubah menjadi otot.

Info tambahan ...
Berikut merupakan beberapa tips mengempiskan perut:
- Khasiat air putih/mineral – air putih akan membantu membersihkan organ dalaman dalam tubuh seseorang. Selain itu, ia juga akan membantu memudahkan sistem pencernaan berjalan dengan lancar dan terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit. Secara tidak langsung ia akan memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh manusia dan mengempiskan masalah perut buncit. Oleh itu, perbanyakkanlah minum air putih yang bersih kerana ia juga memberikan tenaga kepada anda.
- Bersenam/olahraga – Anda yang mengalami masalah perut buncit boleh melakukan senaman sebagai langkah mengempiskan perut. Hal ini kerana melalui senaman ia dapat memberikan kita berat badan yang ideal sesuai dengan berat badan. Senaman juga memberikan tubuh badan yang sihat dan cergas. Pelbagai aktiviti senaman boleh dilakukan seperti jogging, push-up dan sebagainya.
- Kurangkan pengambilan garam yang berlebihan – pengambilan kandungan garam dalam makanan akan menyebabkan berlakunya penambahan sodium terhadap cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme dalam tubuh seseorang manusia. Kesannya, ia akan menyebabkan berlakunya perut buncit kepada individu tersebut kerana perut akan menjadi kembung dan penuh akibat masalah pengeluaran air yang tidak sempurna. Selain itu, adalah tidak digallakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat. Hal ini bermaksud, gaya pemakanan yang sihat diperlukan untuk memastikan kesihatan perut anda dan terhindar daripada masalah perut buncit.
- Jauhi stress – jadikan kehidupan anda sesuatu yang menggembirakan tanpa terbeban dengan masalah. Jika anda mempunyai masalah, selesaikan dengan baik dan cuba untuk menjadikan masalah tersebut sebagai bukan bebanan. Hal ini kerana stress biasanya akan membuatkan seseorang meningkat nafsu makan dan menyebabkan kesukaran tidur. Selain itu, hindarkan daripada tidur setelah makan kerana ia akan menjadikan perut mudah untuk buncit. Oleh itu, adalah lebih anda banyak ketawa kerana ia akan membantu anda membakar kalori serta lemak yang terdapat dalam tubuh.
- Ubat pelangsing – jika anda mengambil keputusan untuk mengambil ubat pelangsing yang terdapat dalam pasaran, anda haruslah berhati-hari kerana dikhuatiri ia akan memberikan kesan sampingan kepada kesihatan anda. oleh itu, adalah lebih baik jika anda mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar yang lebih mengetahui mengenai ubat yang sesuai untuk anda.
- Selain itu, khidmat dan nasihat yang diberikan doktor juga akan mengelakkan anda daripada menghidapi kesan sampingan berbahaya yang mungkin akan mempengaruhi tahap kesihatan anda.
No comments:
Post a Comment