Wednesday, 14 October 2015

SELAMATKAH MENYUSUKAN BAYI KETIKA HAMIL ?

SELAMATKAH MENYUSUKAN BAYI KETIKA HAMIL ? - Semua wanita dan para ibu mestilah risau dengan kenyataan dan pertanyaan sebgini ? Adakah boleh ? Adakah hadapi risiko susukan bayi ? Adakah kesihatan ibu selamat dan terjaga ?

 

susukan bayi



Dalam usia kandungan mencecah 28 minggu, saya masih lagi menyusukan anak saya. Bagaimana pun, disebabkan masalah kekurangan susu yang amat teruk saya terpaksa memberikan susu formula, susu soya (kotak) dan juga susu segar kepada anak saya yang berumur satu tahun setengah. Setakat ini, selain dari masalah keletihan dan kesakitan pada puting, saya tidak menghadapi sebarang masalah serius dengan kandungan saya. Malah, doktor juga membenarkan saya meneruskan penyusuan selagi saya mampu.

Terdapat banyak pendapat tentang perlunya menghentikan penyusuan ketika mengandung, tetapi tidak semuanya tepat.

(1) Hisapan bayi akan menyebabkan pengecutan pada rahim dan boleh menyebabkan kelahiran pra-matang pada kandungan - Hisapan bayi akan merembeskan hormon prolaktin yang menyebabkan contraction, keadaan yang sama berlaku ketika melakukan hubungan antara suami isteri. Kebanyakan pakar berpendapat, kadar hormon yang dirembeskan tidak cukup untuk menyebabkan kelahiran pada bayi yang sedang dikandung oleh ibu tersebut.

(2) Bayi dalam kandungan akan mengalami masalah kekurangan nutrisi - Badan manusia telah diciptakan dengan cukup sempurna di mana ia mampu membahagikan nutrisi seimbang kepada bayi dalam kandungan untuk membesar dan menghasilkan nutrisi yang cukup untuk bayi yang sedang menyusu. Bagaimana pun, dalam kebanyakan kes, hormon yang dirembeskan ketika mengandung akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan susu. Oleh kerana itu, bayi yang lebih dewasa perlu nutrisi tambahan dari makanan atau pun susu formula bagi menampung keperluan nutrien bagi tumbesaran mereka.

(3) Penyusuan sewaktu mengandung meningkatkan risiko ibu mengalami osteoporosis (tulang rapuh) sewaktu mengandung - Setakat ini tidak ada kajian yang dapat membuktikan ibu-ibu yang mendapat nutrisi yang mencukupi sewaktu mengandung akan menghadapi masalah tulang rapuh apabila menyusukan anak sewaktu mengandung. Malah menyusukan bayi dapat mengurangkan risiko kanser payudara bagi wanita.


susukan




Doktor akan memberi nasihat untuk menghentikan penyusuan jika anda mengalami masalah seperti ini



  •  Mengalami sakit perut yang terlalu kuat atau terdapat pendarahan pada vagina

  •  Pernah mengalami kelahiran anak pramatang.

  •  Pernah mengalami keguguran ketika hamil.




5 tips menyusukan anak ketika hamil


1. Ketahui Fakta


Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.


Penyusuan susu ibu masih diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya.

Selain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu. Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.



2. Rasa Sakit Pada Puting


Kebanyakan ibu mengalami rasa tidak selesa pada bahagian puting pada setiap kali sesi penyusuan. Ini kerana puting menjadi lebih ‘fragile’ dan membesar semasa mengandung demi persediaan untuk penyusuan anak didalam kandungan.


Ibu boleh mengalihkan perhatian daripada rasa sakit dengan cara melakukan perkara lain ketika menyusukan seperti sambil membaca majalah atau menonton TV. Ketahui bahawa rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah untuk menjadikan puting lebih ‘tough’ untuk penyusuan bayi seterusnya.



3. Posisi Yang Selesa


Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu!



4. Nikmati Momen Penyusuan

 

Tangan kecil yang meraba perut anda semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang membesarkan sikecil. Berkomunikasi dengannya (walaupun ketika sedang menyusukan!) bahawa mama sedang mengandungkan adiknya didalam perut supaya dia boleh mempunyai kawan bermain. Dia memahami setiap apa yang ibunya rasa bermula sejak dia berada didalam perut lagi!



5. Tanamkan Azam Untuk Tanderm nursing


Tandem Nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua duanya (atau mungkin lebih) selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah antaranya hubungan antara kedua dua anak yang lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yang ‘penting’ apatah lagi susu ibu! Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam rumahnya. Dia tidak ketinggalan dalam apa apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.


Tandem nursing selepas melahirkan turut membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk ‘membantu’ ibu mengosongkan payudara.


Kini para ibu sudah dapat jawapannya !!! Baca dan teliti permasalahan dan selesaikan.

No comments: