Berikut kaedah pernafasan yang betul semasa bersalin:
Perlu diingatkan. Meneranlah ketika waktu yang sewajarnya / sepatutnya. Kontraksi yang kerap (contoh: selang 5/3 minit) masih BELUM lagi perlu meneran. Itu hanya kontraksi normal bagi ibu2 yang dah nak dekat bersalin. Teran hanya bila saat2 kita rasa macam nak berak sangat2. Rasa nak berak itu, adalah petanda yang baby memang dah turun dan semakin hampir nak keluar. But make sure, bila rase kerap nak kencing atau nak buang air besar tu, sebaiknya cuba pergi toilets dahulu, kalau2 anda sebenarnya mmg nak terberak, bukan terberanak..hehehehehhe....
Menggunakan pernafasan secara perlahan dengan menyedut oksigen melalui hidung sebanyak tiga kali. Kemudian oksigen yang disedut tadi dihembus melalui mulut sebanyak tiga hingga empat kali. Disarankan menghembus dengan lebih lama berbanding menarik nafas.
1. Peringkat awal (early labour)
2. Peringkat aktif (active labour)
Bilamana kesakitan dirasakan bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan tindakan menarik dan menghembus nafas. Bernafas secara cepat dan tidak dalam apabila kesakitan semakin kuat. Pada kemuncak kontraksi, pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa secara perlahan-lahan.
3. Peringkat peralihan (saat bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim masih belum terbuka sepenuhnya)
Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan. Lakukan pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik pada panting-panting (hembus).
Cara meneran yang betul
Anda perlu berimaginasi seolah anda mahu membuang air besar.
Anda perlu memastikan dagu anda dapat dirapatkan ke paras dada, seolah dalam keadaan ini badan anda membengkok seperti udang.
Belakang badan anda pula perlu menyentuh katil.
Sasaran tuampuan anda ke arah perut dan anda diarahkan meneran bermula dari bahagian abdomen hingga ke bawah (punggung).
Elakkan meneran di bahagian muka.
Buat para ibu :)
No comments:
Post a Comment