Saturday, 7 February 2015

Cara-Cara atasi Tekanan

Cara-Cara atasi Tekanan-Tekanan adalah suatu tindakbalas tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai masalah dalam kehidupan.Masalah-masalah tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar contohnya surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri contohnya bagaimana penilaian terhadap diri sendiri).

tekanan 2

Tekanan seringkali dilihat sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun, hakikatnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik dan bertambah maju.

 



Bagi anda yang sering mengalami tekanan, jangan risau. Disini admin sediakan teknik atasi tekanan yang sihat. Antaranya adalah:

  1. Tidur Seketika
    Tidur seketika selama 30-45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani tekanan adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

  2. Pengurutan
    Anda juga boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

  3. Mengekspresikan diri secara artistik
    Jadilah seorang yang kreatif dan alihkan tenaga anda secara positif. Anda boleh cuba memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah salah satu medium untuk meredakan tekanan. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan tekanan.

  4. Kerap ketawa
    Cara ini tidak asing lagi. Ketawa boleh menyebabkan tekanan yang dihadapi oleh anda menjadi lebih ringan. Selain itu, sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan pada wajah anda.

  5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
    Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri.  Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa lesu dan letih dan secara tidak langsung menjadikan tekanan anda bertambah.


Oleh itu, jadikan artikel diatas sebagai panduan untuk atasi tekanan anda agar dapat hidup dalam keadaan sihat dan ceria.

No comments: