Saturday, 7 February 2015

Diet? Bagaimana cara yang betul?

Diet? Bagaimana cara yang betul?-Ramai antara kita yang inginkan bentuk badan yang cantik serta berat badan yang ideal. Yang lelaki dengan otot yang besar, ‘six pack’ dan rupa yang kacak. Perempuan pula dengan badan yang ramping bak kerengga, bentuk yang memikat sang jejaka dan rupa yang putih, mulus dan gebu. Untuk mencapai objektif itu, kita mula mengamalkan pelbagai jenis diet. Ada yang mengambil ‘supplement’, ada yang mengamalkan makan buah-buahan setiap hari dan sebagainya. Di sini kami kongsikan beberapa tips diet yang betul dan berkesan.



  1. Hindarkan perut kosong


Perut yang kosong sehingga mengeluarkan bunyi akan menyebabkan selera makan kita bertambah dan kita akan mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak untuk memuaskan nafsu makan kita. Jadi, untuk mengelakkan semua itu berlaku, makanlah sebelum kita berasa lapar dan kita akan mengambil makanan dengan kuantiti yang sedikit serta secukupnya.

  1. Banyakkan minum air


Air yang dimaksudkan di sini ialah air kosong atau air jarang atau air putih (berbeza istilah bagi setiap negeri). Air kosong akan menjadikan perjalanan darah lancar dan akan memudahkan proses pencernaan berlaku. Air kosong juga dapat membuang toksik di dalam badan. Tetapi berjaga-jaga ya. Jangan makan diselangi minum air kerana itu akan menyebabkan sistem pernafasan terganggu serta menjadi punca perut buncit. Amalkan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari.

  1. Warnai pinggan dengan tiga warna


Pastikan setiap hari di dalam pinggan ada tiga jenis warna ini iaitu merah, hijau dan oren.



 

  1. Kunyah perlahan-lahan


Kunyah ini penting bagi memastikan proses penghadhaman makanan dapat berlaku dengan tenang dan tidak memerlukan banyak tenaga. Jika kunyah sekejap, maka yang masuk itu adalah makanan yang bersaiz besar. Jadi untuk masuk ke dalam usus kecil, perut perlu bekerja lebih bagi memecahkan makanan tersebut kepada saiz yang lebih kecil. Proses percernaan menjadi lambat. Kajian saintifik menyatakan bahawa seseorang yang mengunyah makanan lebih cepat, mempunyai berat badan yang lebih berbanding seseorang yang mengunyah perlahan. Sunnah Rasulullah kunyah makanan 40 kali.

  1. Jauhkan diri dari hidangan ketika makan


Sebolehnya, jauhkan diri dari hidangan makanan ketika sedang makan kerana lambakan makanan di depan mata akan menyebabkan selera makan bertambah dan membuatkan kita hendak makan walaupun masa itu kita sudahpun kekenyangan.

  1. Utamakan sup


Untuk membuatkan kita makan dengan kuantiti yang sedikit, kita boleh juga memulakan aktiviti makan dengan menghirup sup terlebih dahulu. Kemudian baru diikuti dengan memakan nasi. Sup akan menyebabkan sebahagian daripada perut sudah dipenuhi dan hanya sebahagian sahaja yang akan dipenuhi dengan nasi. Jadi, kita tidak akan makan nasi dengan kuantiti yang banyak.

No comments: