Apakah cuaca dan lapisan ozon menjadi sebab pesawat kini semakin bermasalah ? Bukan sahaja di negara kita malah TAIWAN, INDONESIA, MALAYSIA juga... Mungkin selepas ini negara lain. Ini bukan mendoakan sebaliknya menjadi 1 kerisauan kepada semua pengguna malahan crew kapal dan juga syarikat pesawat sendiri.
Kelengkapan dan tahap tinggi haruslah ditetapkan supaya apa-apa berlaku dapat mengambil penyelesaian dnegan cepat. Mungkinkah laluan tinggi harus dihentikan? Adakah perlu pesawat terbang di tempat yang bergunung ganang sahaja sekiranya berlaku apa apa boleh dikesan ? Ini semua takdir. Tetapi tahun lepas dan tahun ini semakin banyak isu timbul disebabkan oleh pesawat berbanding tahun tahun sebelumnya.
Mungkinkah juga sikap crew atau sikap kita sebagai pengguna. Perlukan keberkatan untuk sampai ke destinasi ? Mungkin para crew perlu sediakan tempat solat dan wajibkan orang islam solat walaupun di atas kapal? Perlukah crew menutup aurat atau bagaimana? Ini semua untuk keselamatan semua. Perlukan surah yassin atau al baqarah di pasang di atas kapal ? Ini smeua kebaikan dan bagi memberi keselamatan untuk diri kita sendiri. Bagaimana pun perlu juga menggunakan pesawat untuk menyeberangi negara ke negara.
Apa yang membuat penulis berfikir sedemikian kerana berita yang baru sahaja didengar.
Mula mula kejadian MH370 , sehingga sekarang smeua keluarga menerima hakikat,. Kemudian MH17 .
kemudian Pesawat Indonesia Qz.kemudian pesawat taiwan... SEKARANG... ? masalah teknikal tetapi syukur berpatah balik dnegan selamat.
Dari astro awani :
KUALA LUMPUR: Sebuat pesawat penerbangan Air Asia X D7172 ke Jeddah selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA2) selepas dilaporkan menghadapi masalah teknikal petang tadi.
Pesawat dari Kuala Lumpur itu terpaksa berlegar di ruang udara Selat Melaka kira-kira empat jam untuk membuang minyak dari tangki pesawat sebelum selamat mendarat.
"Auto-thrusttidak berfungsi dengan baik. Sebenarnya ia boleh untuk terbang tetapi kita hanya mahu pesawat itu berpatah balik," kata Ketua Pegawai Eksekutif Tony Fernandes kepada AFP.
Dalam satu mesej teks kepada AFP Tony menyifatkan kejadian itu sebagai "masalah kecil ".
Pesawat dari Kuala Lumpur itu berlegar di ruang udara Selat Melaka kira-kira empat jam untuk membuang minyak dari tangki pesawat sebelum selamat mendarat. - Gambar Flightradar24
No comments:
Post a Comment