Tuesday, 8 September 2015

PENAMPAKAN BOLA API SEPERTI METEOR DI LANGIT

PENAMPAKAN BOLA API SEPERTI METEOR DI LANGIT | Penampakan bola api di langit dipercayai meteor menjadi bualan masyarakat Thailand.

Bola api tersebut dilihat seperti sedang terbakar dan meledak di angkasa seterusnya menghilang.

Kejadian tersebut berlaku pada hari semalam di Nonthaburi, Thailand, sekitar 20 kilometer dari Bandar Don Mueang.

Menurut beberapa laporan dari media tempatan, tiada sebarang kejadian buruk berlaku setelah meteor itu jatuh ke bumi. Malah terdapat segelintir yang membuat spekulasi tentang objek yang jatuh itu adalah satelit dan juga kapal terbang namun begitu seorang ahli astronomi menafikan khabar angin tersebut.

“Pastinya sebuah meteor, saya yakin kerana ianya sangat laju dan (cahaya) sangat terang,” Ujar Voravit Tanvuttibundit dari Insititusi Penyelidikan Astronomi Thailand.

Kejadian ini telah dirakam oleh penduduk dan memuatnaik ke laman Youtube miliknya, Porjai Jaturongkhakun.

Sumber-sajakongsi.com

No comments: