Wednesday, 9 September 2015

BERUANG PAMER AKSI NAIKI SCRAMBLER DUCATI

BERUANG PAMER AKSI NAIKI SCRAMBLER DUCATI | Sebuah video yang memaparkan seekor beruang menunggang sebuah motosikal Scrambler Ducati di lebuh raya menjadi perhatian natizen.

Ramai beranggapan beruang itu adalah beruang sebenar tetapi ada juga yang menyatakan ia hanya sekadar kostum.

Aksi beruang ini telah dimuat naik ke YouTube dan telah ditonton seramai lebih dari 3 juta dan terdapat bermaam komen yang cukup menghiburkan.

Menurut laporan dari Visordown, motif video ini dibuat tidak diketahui tetapi kemungkinan ia sengaja dibuat untuk mempromosikan produk scrambler keluaran Ducati.

Namun begitu, jurucakap Ducati United Kingdom (UK) menafikan perkara tersebut dan mengatakan video itu bukan dari mereka.

“Ini bukan iklan dari Ducati. Ketika ini, kami masih lagi menjalankan siasatan  dan kami tidak tolak kemungkinan bahawa video ini mungkin dihasilkan oleh wakil penjual kami di Rusia,” Ujar jurucakap tersebut.

Sumber-sajakongsi.com

No comments: