Monday, 7 September 2015

RAJA FARAH SELAMAT DIIJABKABUL BUAT KALI KE DUA

RAJA FARAH SELAMAT DIIJABKABUL BUAT KALI KE DUA | Pelakon dan pengacara popular Raja Farah telah selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya, Iskandar Ismail.

Raja Farah atau nama sebenarnya, Raja Farah Raja Aziz, 27 sebelum ini pernah berkahwin dan bercerai. Raja Farah dan suaminya Iskandar  diijabkabulkan di Masjid Diraja Tuanku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam

Mereka dinikahkan dengan  sekali lafaz oleh bapa Raja Farah, Raja Aziz Raja Ngah pada jam 11.50 pagi dengan mas kahwin tiga dinar emas.

Pasangan ini mengenakan pakaian berwarna putih kelihatan anggun sekali. Majlis dimulakan dengan khutbah nikah daripada Pendaftar Penikahan, Penceraian dan Rujuk Negeri Selangor iaitu Ustaz Muhammad Ariffin Mohd Dalhal.

Raja Farah dan Iskandar telah mengikat tali pertunangan pada 9 Ogos yang lalu. Tahniah kami ucapkan buat pasangan ini. Semoga ikatan perkahwinan kekal hingga akhir hayat.

[caption id="attachment_6012" align="aligncenter" width="640"]Kredit Foto - Eddie PhotoVideo Full                                                                         Kredit Foto - Eddie PhotoVideo Full[/caption]

No comments: