Monday, 7 September 2015

5 LAMAN WEB BERHANTU DAN PALING SERAM

5 LAMAN WEB BERHANTU DAN PALING SERAM | Tahukah anda terdapat beberapa laman web yang dikatakan web berhantu dan paling seram di internet kerana ada berlaku perkara yang ganjil dan mistik. Malah pemiliknya juga tidak diketahui.

Berikut adalah 5 laman web paling berhantu.

[caption id="attachment_6008" align="aligncenter" width="639"]Death Timer                                                                                         Death Timer[/caption]

 

1.Death Timer

“Bila saya akan meninggal?” Pertanyaan ini boleh dijawab apabila anda menggunakan laman web yang dipanggil Death Timer. Ia akan mengumpul statistik  dari CIA, PBB, dan sumber lain. Death Time mampu menjangkakan  umur dan tarikh kematian seseorang. Anda hanya perlu menjawab beberapa pertanyaan dan memilih batu nisan yang diingini. Setelah semua proses selesai, tarikh kematian anda akan dipaparkan. Namun begitu jangan lah percaya akan hal ini kerana ajal maut hanya Allah sahaja yang tahu.

[caption id="attachment_6007" align="aligncenter" width="641"]Cthulhu                                                                                                    Cthulhu[/caption]

2.Cthulhu

Web ini tidak aktif dan terdapat ayat  “Mati tapi bermimpi” yang muncul pada laman web ini.  Menurut sumber, laman web ini merujuk kepada seseorang individu  bernama Ling. Dikatakan Ling menyimpan data sebesar 1 terabyte  Peliknya, web tersebut tidak boleh diakses langsung. Ling menjadi bualan kerana tiada siapa tahu siapakah Ling dari mana asalnya.

3.The Marianas Web

Turut dikenali juga sebagai “Dunia Gelap Internet”, The Marianas Web antara laman web yang paling dalam, gelap, dan paling misteri di dunia maya. Laman web ini hanya boleh diakses oleh orang tertentu sahaja.

Marianas Web

4.Youtube

Terdapat seorang pengguna YouTube mendakwa mempunyai kisah misteri dan sangat pelik. Pada tahun 2014, seorang pengguna YouTube menggunakan nama akaun Webdriver Torso memuatnaik lebih dari 74,000 video dalam masa hanya sembilan bulan.

Peliknya, setiap video yang dimuatnaik hanyalah objek berbentuk empat segi panjang berwarna biru dan merah, dan video ini mempunyai frekuensi suara elektronik. Satu-satunya video yang berbeza adalah video ke-10 yang menunjukkan sebuah gambar Menara Eiffel, disertai mesej yang berbunyi, “Matei is highly intelligent.” Pemilik akaun ini tidak diketahui. Akaun tersebut kemudian diserahkan kepada pihak Google

5.Scientific Psychic

Ramalan adalah amalan masyarakat kuno yang digunakan untuk menghubungi roh-roh orang yang telah mati. Okultisme, kepercayaan terhadap hal-hal mistik dan luar biasa, meyakini bahwa roh-roh orang yang sudah mati dikatakan mampu meramalkan masa depan.

Papan Ouija adalah salah satunya alat yang didakwa digunakan untuk berkomunikasi dengan roh. Selain Papan Ouija, di dunia digital juga terdapat sebuah laman web bernama Scientific Psychic yang mampu melakukan hal serupa.

Ketika pengunjung bertanya “siapa kamu?”, sistem akan memberikantindak balas  dengan menjawab, “Saya roh psikik dari komputer yang sudah mati, TRS-80.” Laman web ini dipercayai sangat berhantu kerana boleh menjawab beberapa pertanyaan dari pengunjung.

Sumber-sajakongsi.com

 

No comments: