Kejadian berlaku di Jalan Mengkuang Bukit Mertajam kira-kira jam 12 tengahari.
Mangsa Tan Wei Chuan, 13, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor, semasa kejadian mangsa membonceng motosikal yang ditunggang ibunya, Dameria Nurcahaya, 34 dari arah Jalan Mengkuang Titi, Sungai Lembu.
"Wanita itu baru sahaja mengambil anaknya dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin dan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kulim, Kedah."
Ujar beliau lagi, wanita tersebut dipercayai cuba memotong treler muatan besi itu namun gagal apabila sebuah kereta datang dari arah bertentangan. Lalu bergesel di bahagian belakang lori dan menyebabkan mangsa terjatuh sebelum digilis.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk tindakan lanjut. Sementara ibu mangsa hanya cedera di lutut .
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber-bharian

No comments:
Post a Comment