Friday, 4 September 2015

KISAH AYLAN LAHIRKAN SIMPATI NATIZEN

aylan

KISAH AYLAN LAHIRKAN SIMPATI NATIZEN | Kisah tentang mayat Aylan Kurdi, 3 tahun menarik perhatian natizen apabila mayatnya ditemui terdampar di persisiran pantai Turki.

Aylan antara kanak-kanak dari 12 pelarian Syria yang maut selepas  bot yang dinaiki karam ketika dalam perjalanan ke Greece.

Terdapat beberapa karikatur Aylan dihasilkan bagi melahirkn rasa simpati masyarakat terhadap kekejaman yang terpaksa di hadapi kanak-kanak itu.

Sebuah lukisan karikatur Aylan sedang tidur meniarap di atas sebuah katil menarik perhatian. Ramai natizen melahirkan rasa simpati dan mendoakannya.

Beberapa status dipetik, Adriana Rayyan menulis, mungkin ketika ini anak ini sedang bermain-main di taman syurga ALLAH

Manakala Shahrul Shahna pula menulis, Ya ALLAH...sedihnya ...Al-Fatihah...semoga adik ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan rohnya dicucuri rahmat...amiin...

Sumber-sinarharian

No comments: