
TIP CERAHKAN WAJAH DARI KUSAM DAN BERMINYAK | Kulit wajah berminyak sering mudah ditumbuhi jerawat dan bintik hitam. Kulit berminyak juga boleh membuatkan wajah kelihatan kusam.
Minyak yang berlebihan di wajah membuatkan kulit kelihatan kasar, kusam dan pucat.
Beberapa tip boleh anda lalukan untuk mencerahkan wajah yang kusam dan berminyak.
Jom cuba!
Mencuci Wajah
Cuci wajah anda dua kali sehari setelah bangun tidur dan sebelum tidur. Ketika memcuci wajah, buat sedikit urutan. Cuci wajah dengan pembersih muka yang tidak mengandungi banyak buih dan pewngi supaya kulit tidak menjadi kering.
Pakai Toner
Setelah selesai memcuci wajah, tepuk-tepuk wajah dengan toner. Gunakan toner yang bebas daripada kandungan alkohol kerana alkohol akan membuatkan pengeluaran minyak di wajah bertambah aktif. Pilih toner yang mengandungi air dan boleh mengecilkan liang pori-pori.
Gunakan Pelembab
Pakai pelembab yang mengandungi air. Anda disarankan menggunakan pelembab khas untuk kulit wajah berminyak.
Perbanyakkan Minum Air Putih
Air putih sangat bermanfaat untuk menjaga kesihatan organ tubuh termasuk dalam menjaga kesihatan kulit. Air berupaya mencegah dehidrasi dan menjaga kebersihan kulit. Mereka yang banyak minum air putih akan memiliki wajah yang lebih segar dan sihat. Minum sekurangnya 18 gelas sehari.
Hindari Stress
Elakkan stress kerana ia adalah salah satu penyebab kulit kelihatan kusam dan kering. Hindari perkara-perkara yang dapat membuatkan anda menjadi stress.
Bersenam Secara Teratur
Rajin lakukan senaman. Apabila badan sihat jiwa juga menjadi sihat dan akan perpancar jelas di wajah. Buat senaman paling kurang 3 kali seminggu agar otot-otot dan kulit menjadi sihat.
Pakai Krim malam
Pakai krim malam secara teratur. Krim malam sangat bagus untuk memerintahkan kulit dalam meregulasikan kandungan air sehingga kulit kelihatan sihat, cerah dan segar serta bebas daripada minyak berlebihan.
Guna Putih Telur
Gunakan putih telur dan jadikan ia sebagai masker. Sapu putih telur ke semua permukaan wajah. Biarkan kering dan bersihkan keesokannya. Lakukan secara teratur dan berterusan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
sumber-wom.my
No comments:
Post a Comment