Tuesday, 13 October 2015

6 BUAH BANTU TURUNKAN KOLESTROL

6 BUAH BANTU TURUNKAN KOLESTROL | Buah-buahan mempunyai banyak khasiat tersendiri. Antaranya dapat menurunkan kolestrol yang tinggi.

Berikut senarai makanan yang boleh diambil sebagai pembakar kalori.

 1.Rock Melon

Ia dipanggil dengan nama cantaloupe di Amerika. Sangat kaya dengan nutrient dan rendah kalori. Buah ini dapat membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit dan juga buah-buahan penurun kolesterol.

2.Lobak Merah 

Mengandungi fiber, rendah kalori dan sangat baik dimasukkan dalam menu pemakanan harian anda. Lobak merah mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risiko pelbagai jenis kanser dan radang.

3.Halia 

Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda. Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak. Ianya juga boleh membantu dalam menuruskan paras kolestrol anda.

4.Strawberry 

Mengandungi air, fiber dan rendah kalori. Amat bagus untuk anda yang sedang berdiet.

5.Oren
Mengandungi banyak vitamin C. Vitamin C berfungsi sebagai ejen antioksida yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan.

6.Epal 

Epal adalah sumber pectin dan fiber yang sangat diperlukan dalam diet. Anda akan lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan 5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh didapati daripada 2 biji epal.

Sumber-woman online magazine

No comments: