Friday, 25 September 2015

CARA HILANGKAN MENGANTUK SEMASA MEMANDU

CARA HILANGKAN MENGANTUK SEMASA MEMANDU | Mengantuk ketika memandu memang perkara semulajadi namun mengantuk tidak kena waktu dapat menimbulkan perlbagai masalah seperti kemalangan.

Memandu ketika mengantuk membahayakan. Ketika mengantuk, otak tidak berfungsi dan mata tertutup manakala tangan dan kaki tak dapat mengawal kenderaan yang di pandu.

Oleh itu, bagi anda yang membuat perjalanan jauh, boleh cuba cara ini untuk mengelakkan rasa mengantuk ketika memandu.

Mendengar muzik rancak
Sangat efektif untuk menghilangkan mengantuk.  Beberapa jenis muzik dapat meransang dan menajamkan minda. Putarkan lagu kegemaran anda kerana dapat mempengaruhi hati agar bersemangat.

Basuh muka

Bagi wanita yang bersolek mungkin kurang praktikalcara ini namun jika anda tiada pilihan, terpaksalah menggunakan cara ini untuk kembali segar.

Elak memandu berseorangan

Andai anda membuat perjalanan jauh, digalakkan membawa seroang teman atau keluarga supaya anda tak bosan. Cari topic yang boleh dibualkan agar tidak mengantuk sepanjang perjalanan.

Berehat sekejap

Berhenti rehat seketika di hentian rehat. Lelapkan mata antara 15-20 minit. Kemudian cucilah muka agar anda segar kembali.

Sumber-woman online magazine

 

1 comment:

Laman Viral said...

hisap rokok sudah.. macam tak bese lak admin nie