Sunday, 27 September 2015

TWITTER PALSU PM ARAH TUTUP SEKOLAH DUA HARI

Twitter Palsu PM Arah Tutup Sekolah Dua Hari mula tersebar melalui media sosial. Entah siapa punya angkara yang memandai menyebarkan perkara yang tidak sahih dan palsu. Pejabat Perdana Menteri menafikan kesahihan gambar yang memaparkan kononnya satu kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung penutupan sekolah akibat jerebu.

[caption id="attachment_6123" align="aligncenter" width="289"]Twitter Palsu Twitter Palsu[/caption]
"Semua pihak perlu menghentikan penyebaran imej ini. Ini adalah perbuatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan siasatan asal usul pertama imej ini akan dilakukan serta merta oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Tindakan juga akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Malaysia,"- Pejabat Perdana Menteri

Dalam gambar itu yang memaparkan gambar Perdana Menteri meminta sekolah ditutup dua hari iaitu pada isnin dan selasa. Pihak Pejabat Perdana Menteri menasihatkan agar pengguna media sosial tidak menyebarkan perkara yang tidak sahih untuk mengelakkan kekeliruan.

Sementara itu Kementerian Pendidikan telah pun mengumumkan penutupan sekolah di beberapa negeri esok 28/9/2015 akibat IPU yang tidak sihat.

No comments: