LUAHAN HATI AHLI KELUARGA YANA FMC

Dalam tempoh tidak lama daripada tarikh berkenaan dan ketika semua mulut dan jari manusia rancak bercerita tentang kes tersebut, timbul 1 nama yang secara tiba-tiba menjadi viral. Mesti ade sebahagian daripada kita yang tertanya-tanya siapa Yana yang gambarnya terpapar di setiap laman sosial dan apa pula kaitannya kes tersebut dengan Yana? Untuk makluman anda, Yana merupakan salah seorang ahli Familia Myvi Club (FMC) dan beliau tiada kaitan dengan dakwaan berkenaan.
Namun Yana turut dihentam ekoran beberapa kenyataan kontroversi wanita itu dalam media sosial yang menafikan ahli kelab terbabit terlibat dalam kemalangan di Kilometer 6.2 Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke).
Oleh kerana itu, Yana dan keluarganya nampak tertekan dengan pelbagai respon yang diberikan dek kerana kenyataan itu. Bagaimanapun mereka menganggap ia sebagai dugaan kepada keluarga mereka.
“Dugaan ini satu hikmah, saya reda kerana dapat hidayah tertinggi daripada ALLAH,” itulah luahan ahli keluarga terdekat Yana. Sumber terdekat keluarga itu berkata, Yana mengambil keputusan untuk berdiam diri dan berharap masyarakat berhenti menabur fitnah di laman sosial serta menghukumnya.
Katanya, pihak keluarga Yana juga membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam kelmarin, selepas mendapati Yana dihentam teruk pihak tertentu yang sengaja mengambil kesempatan. Sumber itu berkata, berita yang disiarkan itu dikendalikan oleh individu yang sengaja menjadikan Yana sebagai mangsa keadaan. Sumber itu turut menafikan Yana mempunyai ‘kabel orang dalam’ dan merupakan ahli Puteri Umno seperti yang didakwa.
LUAHAN HATI AHLI KELUARGA YANA FMC
“Saya tak nak kecoh-kecoh, biarlah apa orang nak kata sekali pun. Selagi kami di pihak yang benar, kami tak takut, buat apa nak lari kalau tak salah. Yana tak ke mana-mana, apa yang dikatakan dalam Facebook (pihak yang menubuhkan Facebook Yana FMC) semuanya tak benar. Biarlah ALLAH yang balas. Cerita itu tak benar dan diputarbelitkan. Kami tak minta makan minum, tak mencuri, bukan pengemis atau peminta sedekah. Tolonglah jangan ganggu kami lagi, berilah kami ruang untuk bertenang. Perkara itu tidak benar dan disebarkan pihak tidak bertanggungjawab menerusi Facebook Yana FMC,” katanya.
Yana sebelum ini turut mencetuskan kontroversi apabila ramai pihak mengecam tindakannya selepas menyebarkan status di aplikasi WhatsApp menyatakan dia mempunyai kenalan pegawai polis berpangkat tinggi sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat.
Dalam kejadian Sabtu lalu, Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35; serta isteri, Nova Safitri Azhari, 27; dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa yang berusia tujuh bulan maut setelah kenderaan dinaiki mereka berlanggar dengan dua Perodua Myvi sebelum terbalik.
Sumber daripada : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment