Thursday, 14 May 2015

TIPS MENJADI LELAKI IDAMAN WANITA

TIPS MENJADI LELAKI IDAMAN WANITA-Sudah menjadi lumrahnya, setipa yang dijadikan itu secara berpasangan. Langit dengan bumi, malam dan siang, air dan api dan termasuk juga lelaki pasangannya perempuan. Tujuan dijadikan setiap makhluk berpasangan adalah untuk saling melengkapi bagi menyempurnakan antara satu sama lain. Kebiasaannya kita seringkali melihat perempuan berpakaian serba cantik dan berusaha untuk menjadikan dirinya cantik adalah untuk menarik perhatian lelaki disamping untuk tampil yakin dikhalayak ramai. Ade satu kata-kata yang menyatakan, “Man deserve beautiful woman while woman deserve smart guy”. Jelas bahawa perempuan ini tak terlalu obses dengan kekacakan seseorang lelaki walaupun kebanyakannya memuji-muji artis korea atau pelakon yang kacak, muka jambu, badan sado dan sebagainya tetapi jauh dilubuk hati mereka, mereka inginkan lelaki yang mampu membahagiakan mereka. Lumrahlah manusia suka akan kecantikan dan sesuatu yang indah.

TIPS MENJADI LELAKI IDAMAN WANITA


soleh

Di sini penulis nak kongsikan ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman setiap wanita:

  1. Yakin Pada Diri


Keyakinan diri adalah kualiti penting yang sering di cari oleh wanita, lakukan sesuatu perkara itu dengan terbaik. Yang paling penting, jangan memperkecilkan kelemahan diri sendiri. Ada yang menyerah kalah sebelum berbuat apa-apa. Ini bukan sifat lelaki sejati. Sebaliknya kamu harus berikan alasan kukuh, kenapa kamu tidak boleh lakukan. Penting juga untuk berlatih bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa dan sentiasa berfikiran positif.

  1. Pandai Buat Lucu


Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat dan lebih teruk kalau tersengeh-sengeh tak tentu pasal. Ingat untuk menjadi seorang yang kelakar tidak semestinya kamu membuat lawak bodoh. Belajar berlawak secara spontan dan bersahaja kerana ini akan menghiburkan hati si dia. Lawak bersahaja itulah yang membuatkan si dia akan teruja merindui kerenahmu.

  1. Romantik


Wanita sebenarnya menginginkan seorang yang romantik. Ingat, romantik bukanya gatal atau miang, lelaki yang romantik adalah pandai mengambil hati dan bijak menggunakan kata-kata. Suka mengambil berat dan penyayang juga menjadi salah satu aspek yang menarik perhatian wanita. Biar seseorang wanita itu kelihatan ‘rugged’ atau agresif namun dalam hal teman lelaki, kebanyakannya memilih yang romantik.

  1. Wang


Tidak disangkal lagi ramai wanita bersifat materialistik atau mata duitan. Mereka hanya mahukan lelaki yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak sahaja. Selain bekerja, kamu juga boleh bergaul dengan orang kaya atau ternama yang mungkin boleh membantu kamu menjadi kaya suatu hari nanti. Belilah baju atau kasut jenama, kamu bakal mencuri pandang wanita. biar papa asal bergaya. Papa dalam hal ini adalah kamu perlu menyesuaikan diri dengan gaya orang kaya. Biar terpaksa mengeluarkan wang yang lebih sedikit, namun hasilnya hanya kamu yang mendapat nikmatnya. Umpama membeli kereta BMW walaupun tanpa aksesori, ia tetap dilihat gah berbanding dengan kereta biasa yang penuh dengan aksesori.

TIPS MENJADI LELAKI IDAMAN WANITA


ciri2 lelaki idaman

  1. Bijak


Wanita sering mengimpikan mendapat seorang lelaki yang berpenddikan dan pandai. Jika kamu berasakan kamu kurang bijak, mungkin kamu boleh mengambil langkah untuk melanjutkan pelajaran. Luangkan masa kamu mendengar berita CNN dan rajin mengisi teka silang kata supaya tampak berilmu. Wanita suka lelaki yang bijak dan suka membaca. Tidak semestinya kamu adalah seorang ahli akademik. Caranya, baca ulasan buku seolah-olah kamu telah membaca keseluruhan buku tersebut. Pakailah cermin mata yang tidak berkuasa untuk memperlihatkan kamu bergaya seperti seorang intelek.

  1. Sensitif.


Setiap kali pasangan kamu bercakap, dengarlah dengan khusyuk sambil memandang bola mata hitamnya. Malah mungkin kamu boleh berkata “saya memahami perasaan awak”. Walaubagaimanapun jangan pula kamu terlalu sensitif kerana sebagai tempat berlindung tentulah mereka memerlukan pohon yang kukuh.

  1. Suka Kanak-Kanak


Wanita menganggap seorang lelaki yang bijak adalah berpengetahuan luas dalam semua bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Apabila si dia membelai kanak-kanak yang ditemuinya. Kamu memberikan perhatian kepadanya. Selepas itu kamu pula boleh mendukung sambil mengagah kanak-kanak itu. Perbuatan kamu ini secara tidak langsung akan memperlihatkan yang kamu memang layak menjadi bapa yang penyayang.

  1. Bijak Berdandan


Lelaki juga kena pandai merawat atau memanjakan tubuh. Bagi yang mempunyai kulit berminyak, kamu perlu meluangkan masa untuk melakukan rawatan bagi mengelakkan jerawat atau penyakit kulit yang lain muncul. Selain berpakaian kemas dan sesuai, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih. Pendek kata, kebersihan tubuh mesti dijaga kerana ia memberikan kesan kepada hubungan kamu dan si dia nanti.

Apapun, tiada manusia yang sempurna, namun kamu boleh berusaha ke arah kesempurnaan. Perlu di ingatkan, kamu semestinya mempunyai kelebihan yang tertentu. Jadi, gunakan kelebihan itu dengan sebaik mungkin. Yang penting kamu mampu melakukan sesuatu yang terbaik. Jangan sesekali untuk berlakon atau berpura-pura kerana kepura-puraan tidak akan menjadikan hubungan tersebut kekal kerana tujuan mencari pasangan adalah untuk membina keluarga yang bahagia disamping mendapat redha Allah dan bukan hanya sebagai alat pakai buang. Jika segalanya berjalan lancar dan hatinya sudah berjaya di tawan, tidak mustahil si dia akan menjadi permaisuri hidupmu. Semoga bermanfaat.

No comments: