Thursday, 14 May 2015

GALAXY S6 VERSI IRON MAN BAKAL DILANCARKAN

samsung galaxy s6 versi iron man

GALAXY S6 VERSI IRON MAN BAKAL DILANCARKAN | Samsung Electronics akan memperkenalkan telefon pintar Galaxy S6 dan S6 Edge versi ‘Iron Man’ yang mempunyai rekaan superhero.

Versi Iron Man ini akan dilancarkan pada akhir bulan Mei atau awal Jun ini. Menurut  Ketua Pemasaran Unit Mudah Alihnya, Lee Young-hee memberitahi warna telefon itu adalah merah dan maklumat lain akan dibuat selepas perbincangan bersama dengan  Marvel Studio.

Ujarnya,  Samsung dan Marvel Entertainment juga akan mengadakan kerjasama global bagi tujuan pemasaran mengintegrasikan teknologi Samsung yang inovatif ke dalam filem Marvel.

Kerjasama tersebut memberi peluang untuk  mempamerkan produk Samsung bersama kreativiti Marvel yang sukar ditandingi menerusi filem ‘Avengers: Age of Ultron.’

“Filem berkenaan menampilkan produk termasuk tablet PC dan S6 Edge, syarikat juga akan menggunakan ciri filem itu seperti ‘wallpaper’ dan nada dering.

“Samsung percaya kerjasama dengan penyedia kandungan utama seperti Marvel Entertainment boleh membantu meningkatkan kesedaran jenama sebagai pengeluar produk berorientasikan masa depan dan inovatif,”Ujarnya.

Samsung menjual siri Galaxy baharu  di 20 buah negara dan jualan telefon tersebut dijangka melebihi 70 juta.

Sumber- utusan.com.my

No comments: