
Anda kuat makan, tetapi ingin mendapatkan berat badan ideal. Jangan haraplah anda akan kurus ataupun berjaya mendapatkan berat badan ideal jika anda masih mengambil makanan dengan kalori yang lebih daripada apa yang diperlukan oleh tubuh. Secara automatik berat badan anda akan jadi bertambah naik!
Jika tidak mampu, tidak perlulah anda berterusan memaksa diri untuk mengikat perut semata-mata mahu mendapatkan tubuh yang langsing. Sebaliknya, anda boleh cuba praktik diet sederhana ini dan paling penting, anda kena ada disiplin!
Anda mesti ingat bahawa apa sahaja diet yang mahu anda praktikan, samada diet sederhana mahupun ekstrem, segala-galanya tidak akan berhsil jika anda tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Jika ada termasuk dalam senarai mereka yang tidak dapat mengawal nafsu makan, sebaiknya anda pilih beberapa makanan yang boleh menimbulkan efek kenyang lebih lama daripada makanan lain. Jika perut anda terasa kenyang sudah pasti anda tidak akan mencari-cari kudapan untuk mengisi kekosongan perut.Anda disarankan memilih makanan yang berserat tinggi, berprotein serta mengandungi lemak sihat dan tinggi kadar airnya. Kebanyakan makanan tersebut turut mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh anda.
Berikut adalah 8 jenis makanan yang boleh menjaga berat badan ideal anda:
Kacang almond kaya dengan serat dan protein. Selain itu, elok juga untuk sumber zat besi, magnesium dan vitamin E. Pengambilan kacang almond mentah atau sudah diolah untuk mendapatkan hasil terbaik. Hindari kacang almond yang sudah diolah dengan banyak garam ataupun dalam bentuk makanan manis kerana ia memberikan efek buruk bagi program diet anda dan ianya tentu akan mengagalkan hasrat anda untuk mendapatkan berat badan ideal.
Epal merupakan contoh serat yang mudah dihadamkan untuk memerangi kolesterol. Epal juga bagus sebagai sumber vitamin C serta mengandungi ‘quecertin’, ‘plavanoid’ yang boleh mencegah penyakit kanker. Untuk dapatkan hasil baik, makan epal bersama kulitnya yang telah dibersihkan.
- Kacang Merah
Kacang merah memiliki kandungan serat, protein, zat besi, fosfor, magnesium tinggi dan sejumlah vitamin serta mineral. Tambahkan kacang merah dalam salad atau sup yang anda bagi menambahkan kelazatan makanan sihat anda.
Bayam berguna untuk rambut dan kulit kerana kaya dengan zat besi, magnesium serta vitamin A dan C.
Sebahagian besar jenis ikan dan seafood merupakan pilihan sihat. Tetapi salmon adalah ikan yang paling bagus dengan kandungan protein serta asid amino Omega 3 tinggi. Selain itu, salmon juga rendah kolesterol.
- Gandum
Gandum kaya dengan vitamin B3, thiamin atau vitamin B1, zat besi, serat, dan vitamin E. Bijirin gandum juga bagus untuk diet anda sehingga anda mampu memiliki berat badan ideal.
Brokoli merupakan sumber kalsium, potassium, serta vitamin A dan C. Untuk mendapatkan hasil terbaik, jangan masak terlalu lama dan hindari memakai sos ataupun meletakkan garam yang berlebihan.
Soya mengandungi Omega 3, kalsium dan zat besi. Makanan ini popular untuk vegetarian. Soya juga boleh dinikmati dalam bentuk tofu, susu,tempe dan tauhu.
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berkhasiat akan membuatkan tubuh menjadi segar dan lebih energetic. Keduanya merupakan makanan bebas lemak, jika adapun ia adalah lemak yang baik untk kesihatan. Dengan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran pada setiap hari akan membuatkan tubuh membakar lemak. Berat badan anda akan turun dengan perlahan-lahan.
No comments:
Post a Comment