Tuesday, 12 May 2015
4 SEBAB SULTAN NAZRIN DISAYANGI RAKYAT
4 SEBAB SULTAN NAZRIN DISAYANGI RAKYAT | Baru-baru ini, negeri Perak mencipta sejarah dengan penabalan Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak yang ke-35.
Pertabalan itu dibuat bagi menggantikan ayahandanya, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang telah mangkat.
Pertabalan ini mendapat reaksi positif di kalangan rakyat Perak kerana mengetahui Sultan Nazrin adalah seorang raja yang berkaliber dan berhemah tinggi.
Jom ketahui beberapa perkara mengenai Sultan Nazrin yang disayangi rakyat.
1.Bijak dan berkredibiliti
Selain mempunyai PhD dari Universiti Harvard, baginda juga disifatkan sebagai cendekiawan yang sering memberikan buah fikiran dan pendapat bernas dalam pembangunan negeri dan negara.
2.Prihatin dan rendah diri
Baginda sering muncul di kampung-kampung, melawat perkampungan Orang Asli dan sentiasa turun padang membantu apabila ada bencana berlaku.
3.Low profile
Seorang raja yang tidak gemar mendedahkan kehidupan peribadinya kepada umum. Perkahwinannya dengan Tuanku Zara Salim juga dilakukan secara sederhana. Malah baginda juga mahukan upacara pertabalan tidak dibuay secara berlebih-lebihan.
4.Tampan
Sesiapa pun tidak boleh menafikan fakta Sultan Nazrin dikurniakan rupa paras yang tampan. Tak hairanlah sebelum berkahwin, baginda sering dilabel sebagai 'Most Eligible Bachelor'. Jodoh baginda dengan Tuanku Zara disifatkan ramai sebagai 'a match made in heaven'.
sumber-news.mylaunchpad.com.my
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment