Saturday, 23 May 2015

LELAKI WARGA EMAS RENTUNG DI SOFA



LELAKI WARGA EMAS RENTUNG DI SOFA | KUALA LUMPUR - seorang lelaki maut dalam sebuah kebakaran di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail semalam.

Mangsa yang berusia 88 tahun ditemui di ruang tamu rumahnya. Kejadiah tersebut berlaku kira-kir ajam 1.30 pagi.

Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah yang merupakan Ketua Polis Daerah Brickfields berkata isteri mangsa yang berusia 77 tahun selamat dalam kejadian terbabit.

“Anggota peronda cegah jenayah ke lokasi kejadian dan memotong kunci mangga pada pintu hadapan, sebelum mendapati isteri mangsa berada di tepi pintu, manakala mangsa rentung atas sofa di ruang tamu rumah tersebut," Ujarnya.

Ujarnya lagi, anak mangsa mendakwa bapanya adalah seorang perokok dan mempunyai penyakit nyanyuk.

“Pasukan Forensik Bomba dan Forensik Polis Diraja Malaysia menyiasat tempat kejadian, siasatan awal mendapati kebakaran berkemungkinan berpunca daripada api rokok.”ujarnya.

Polis bagaimanapun tidak menemui sebarang unsur jenayah. Mayat kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber-sinar harian

No comments: