Friday, 22 May 2015

LELAKI CEDERA DISIMBAH ASID

[caption id="attachment_4622" align="aligncenter" width="473"] Mangsa memcuci muka selepas dipercayai disimbah asid[/caption]

LELAKI CEDERA DISIMBAH ASID | Alor Setar- seorang anggota Pertubuhan Unit Kawalan keselamatan (UKK) Kota Setar cedera dia mata dan muka dipercayai telah disimbah asid ketika cuba menangkap penjenayah yang memecah maduk kedai kosong di Jalan Sungai Korok.

Kejadian berlaku jam 6.30 petang. Mangsa dipercayai disimbah oleh suspek yang tiba-tiba keluar dari pintu belakang premis ketika cuba melarikan diri.

Mangsa yang terkejut cuba menahan suspen namun suspek bertindak menyimbah cecair yang dipercayai asid.

Dilaporkan mangsa mengalami kecederaan parah di mata dan muka. Mangsa segera dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, pemilik premis berkenaan yang enggan dikenali memberitahu rakannya kedai tiga tingkat miliknya dipercayai dipecah masuk.

"Bimbang sangkaan saya ini benar saya kemudian memaklumkan perkara ini kepada pihak UKK untuk pemeriksaan.

"Bagaimanapun, saya terkejut apabila diberitahu anggota UKK cedera ketika cuba menahan tiga penjenayah itu," ujarnya.

Ketiga -tiga suspek termasuk wanita berusia antara 30-an hingga 50-an berjaya ditahan oleh kira-kira 40 anggota UKK yang turut berada di lokasi kejadian

Sumber-metro online

No comments: