Saturday, 23 May 2015

Keputusan Final Piala FA 2015

Keputusan Final Piala FA 2015. Akhirnya pasukan Kelantan terkulai di Stadium Nasional Bukit Jalil setelah tewas 1-3 kepada pasukan seberang tambak Lions XII dalam perlawanan akhir Piala FA 2015. Ternyata Kelantan gagal membawa harapan seluruh rakyat Malaysia yang mahu piala itu kekal di bumi Malaysia.

Dalam aksi yang berlangsung pada 23 Mei 2015 itu, Lions terlebih dahulu mendahului seawal minit ke 6 menerusi jaringan Faris Ramli. Tersentak dengan jaringan awal itu, Kelantan kembali mengatur serangan namun gagal membolosi gawang Lions sehingga tamat separuh masa pertama.

Namun usaha berterusan mereka membuahkan hasil apabila Wan Zack Haikal menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 61. Lions kembali mendahului pada minit ke 80 apabila pemain gantian Shahil Suhaimi meledakan gol kedua sebelum sepakan penalti beliau pada minit akhir melenyapkan impian Kelantan untuk menjulang Piala FA.

KELANTAN 1 LIONS XII 3

[caption id="attachment_4633" align="aligncenter" width="521"]keputusan Final Piala FA Faris Ramli penjaring gol pembukaan Lions[/caption]

No comments: