Capricorn
SIFAT NEGATIF DIRI BERDASARKAN ZODIAK
Anda adalah perosak suasana. Capricorn mampu merosakkan mood orang di sekelilingnya dengan terlalu bermain dengan sifat pesimis diri. Ramai mungkin berpendapat anda seorang yang pemalu tetapi sebenarnya sifat sinikal diri yang membuatkan orang menjauhkan diri.
Aquarius
SIFAT NEGATIF DIRI BERDASARKAN ZODIAK
Seorang yang ekstremis dan sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan yang dikehendaki. Aquarius sangat sukar diramal, satu ciri yang tidak digemari oleh rakan dan sahabat.
Pisces
SIFAT NEGATIF DIRI BERDASARKAN ZODIAK
Tidak berdaya untuk berdepan dengan situasi tegang atau perkara yang penting. Lebih rela mengelak daripada berdepan masalah. Mempunyai perangai pesimis namun dibelenggu sifat sensitif yang keterlaluan.
Aries
SIFAT NEGATIF DIRI BERDASARKAN ZODIAK
Seorang yang sangat ego, dan gemar bertindak tanpa berfikir. Sering ingin cepat tiba ke satu tempat yang dihajati. Aries juga sering mengharapkan sesuatu yang terlalu tinggi dari orang sekeliling.
Taurus
SIFAT NEGATIF DIRI BERDASARKAN ZODIAK
Terlalu degil! Suka dimanja sehingga boleh dianggap sebagai seorang yang pemalas. Meskipun berjaya selindung, pemilik zodiak ini sememangnya seorang yang suka mengawal keadaan sekeliling hingga menurut kemahuan diri.
Gemini
SIFAT NEGATIF DIRI BERDASARKAN ZODIAK
Sangat suka bergosip! Gemini merupakan dalang kepada setiap gosip yang berlaku disekitarnya. Sifat keluhuran yang melampau menjadikan seorang Gemini sebagai tamak dan tiada apa yang mampu memuaskan hatinya.
Cancer
SIFAT NEGATIF DIRI BERDASARKAN ZODIAK
Pemilik astrologi ini terlalu emosional. Apa sahaja mampu membuatkan mereka gundah gulana. Sifat-sifat negatif ini menyebabkan Cancer sukar dalam percintaan.
Leo
SIFAT NEGATIF DIRI BERDASARKAN ZODIAK
Satu lagi simbol terbaik untuk perangai egotiskal. Sang Leo terlalu yakin kepada diri malah merasakan rupa diri cantik atau kacak. Selalu berada di dalam situasi dimana sukar untuk bertolerasi dengan orang lain.
Virgo
SIFAT NEGATIF DIRI BERDASARKAN ZODIAK
Dua perkataan yang paling sesuai menggambarkan Virgo, diktator dan mendominasi. Mereka ada satu tabiat yang suka menghambakan orang sekeliling. Suka mengarah dan mengharapkan semua orang menuruti kehendak mereka.
Libra
SIFAT NEGATIF DIRI BERDASARKAN ZODIAK
Simbol astrologi yang tidak bagus buat Taurus dan Gemini. Libra boleh disalah anggap sebagai dingin dan tidak mempunyai hati perasaan. Mereka yang tergolong di dalam zodiak ini sukakan perhatian dan akan buat apa sahaja untuk diperhatikan.
Scorpio
SIFAT NEGATIF DIRI BERDASARKAN ZODIAK
Seorang yang sangat pandai memanipulasi orang lain. Pandai melindungi rahsia diri malah bijak mengeluarkan kata-kata dusta untuk menetup kelemahan diri. Si Scorpio boleh terjerumus dalam ideologi yang membenci segala-galanya dalam hidup.
Sagittarius
SIFAT NEGATIF DIRI BERDASARKAN ZODIAK
Lalai ketika melakukan kerja, walhal tidak reti buat apa-apa pun! Tidak konsisten dalam mengotakan janji. Tidak habis setakat itu, Sagittarius juga seorang yang suka bercakap besar dan berlagak.
Penulis tegaskan bahawa dalam Islam, mempercayai ramalan itu adalah HARAM dan boleh membawa kepada syirik besar. Seperti yang kita sedia maklum, syirik ini merupakan dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah sehinggalah kita benar-benar bertaubat (taubat nasuha) kepada-Nya. Hal ini adalah untuk suka-suka jadi bahan ketawa kita sambil mengenali diri sendiri. Mana yang betul itu mungkin kebetulan. Baca boleh, percaya jangan. Jadikannya sebagai leisure reading je. WALLAHUA’LAM...
No comments:
Post a Comment