
Pahang walaupun sekadar mencatat keputusan seri 2-2 ketika bertandang ke Stadium Bandaraya berdepan Pulau Pinang layak ke separuh akhir dengan aggregat 4-2 hasil kemenangan perlawanan pertama 2-0 di Kuantan. Pahang mendahului menerusi Dickson Nwakaeme pada minit keenam dan sebelas sebelum Hilton Moreira menyamakan kedudukan pada lewat permainan.
LionsXII yang menang 2-0 pada aksi pertama di tempat sendiri terus bertambah selesa apabila berjaya mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil tandukan Khairul Nizam Kamal pada minit ke-19. LionsXII kendalian Fandi Ahmad terus selesa apabila berjaya memperoleh gol kedua menerusi penyudah kemas Nazrul Nazari pada minit ke-65. Lions menang dengan aggregat 4-0.
Pulau Pinang vs Pahang 2 – 2 ( aggregat 2 – 4 )
JDT II vs Lions XII 0 – 2 ( aggregat 0 – 4 )
No comments:
Post a Comment