Thursday, 3 September 2015

PETUA RAWAT SELESEMA CARA SEMULAJADI

selesema

PETUA RAWAT SELESEMA CARA SEMULAJADI | Selesema mudah berjangkit daripada seorang ke orang lain sama ada dari bersin, batuk dan berkongsi peralatan makanan serta minuman.

Bagi anda yang sedang alami selesema, jom cuba petua secara semulajadi ini. Semoga membantu.

1.Madu & Halia

Ambil dua buku halia, kemudian kisar dan campurkan dengan madu. Minumlah tiga kali sehari, insya-Allah selsema anda kan sembuh.

2.Kena Banyak Minum Air Masak

Banyakkan minum air masak kerana ia mampu mengatasi selsema. Minum air masak 8 gelas sehari.Ia bertujuan supaya kerongkong anda bersih daripada kuman yang boleh menyebabkan selsema.

3.Terapi Wap

Penguapan merupakan salah satu petua selsema tradisional yang dipercayai berkesan untuk mengatasi masalah tersebut. Masukkan air panas ke dalam besen, gunakan tuala besar untuk menutup kepala anda, dan tempatkan muka anda tepat-tepat di atas besen tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, campurkan minyak kayu putih, halia atau kunyit serta rempah-rempah lain.

4.Rehat Secukupnya

Anda disarankan agar mendapatkan rehat yang secukupnya dan berhenti melakukan sebarang aktiviti buat sementara waktu agar sistem ketahanan tubuh anda kembali seperti biasa.

Sumber-woman online magazine

No comments: