Monday, 27 April 2015

Keputusan Doping Lee Chong Wei

Keputusan Doping Lee Chong Wei. Nasib Datuk Lee Chong Wei berkaitan kes dopingnya telah diketahui hari ini. Pengumuman telah dibuat oleh Menteri Belia Dan Sukan , Khairy Jamaludin. Untuk rekod beliau gagal ujian doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark pada Ogos 2014.

[caption id="attachment_4233" align="aligncenter" width="259"]Keputusan kes doping Lee Chong Wei Keputusan kes doping Lee Chong Wei[/caption]

Dalam pengumuman yang dibuat , Lee Chong Wei dijatuhkan hukuman gantung lapan bulan namun pengantungan itu bermula pada 30 Ogos 2014 dan ini bermakna pengantungan akan tamat pada 30 April ini. Dengan itu Lee Chong Wei layak bermain semula bermula 1 Mei 2015.

Dengan perkembangan terbaru ini beliau boleh didaftarkan untuk menyertai skuad negara menghadapi Piala sudirman dan sudah boleh menumpukan kepada mengutip mata untuk layak ke Olimpik 2016.

Pendengaran kes ini telah dibuat di Amsterdam pada 11 April 2015. Semoga Lee chong Wei kembali bangkit dan dapat membantu skuad badminton negara.

 

No comments: