Wednesday, 18 February 2015

TUBUH MENAWAN DENGAN AIR PRODAK INI

TUBUH MENAWAN DENGAN AIR DETOX-Detox atau detoksifikasi adalah satu proses pembersihan dalaman tubuh badan daripada segala kotoran dan racun-racun yang tanpa disedari telah masuk ke dalam tubuh. Tambahan lagi, detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik, racun, lemak atau bahan buangan dari tubuh badan manusia. Untuk pengetahuan pembaca, badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi. Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan lancar dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu, detox juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

TUBUH MENAWAN DENGAN AIR DETOX




Ramai antara kita yang inginkan tubuh badan yang sihat di samping mempunyai bentuk tubuh yang menarik. Jalan pintas yang kebanyakan orang ambil adalah dengan memakan bahan-bahan atau pil yang di katakan mampu mendetox, membuang lemak dan menguruskan tubuh badan tanpa mempedulikan akan kesan-kesan sampingan yang bakal kita hadapi di kemudian hari. Bagi mereka yang berkemampuan pula akan mengambil pendekatan mudah dengan mengunjungi pusat perampingan badan. Sedar tak sedar kita telah mengeluarkan belanja yang besar semata-mata ingin mendapatkan bentuk tubuh yang kita inginkan.

Tahukah anda, bahawa anda sendiri boleh melakukan proses mendetox atau menyingkirkan bahan toksik, lemak atau bahan buangan dari tubuh anda? Apa yang penting sentiasa mendispilinkan diri, jaga pemakanan yang seimbang dan sihat serta kerap melakukan aktiviti membuang toksik atau lebih mudah lagi melakukan senaman ringan.

Menjaga pemakanan adalah proses detox yang paling baik. Antara sayur-sayuran yang  paling penting untuk proses detox adalah celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato dan lobak. Manakala buah-buahan pula adalah buah-buah citrus seperti epal hijau, nenas, lemon, oren, dan pear.

Pada artikel kali ini, penulis hendak kongsikan sedikit pengetahuan tentang bagaimana untuk menyediakan minuman yang dapat melakukan proses detox pada tubuh kita. Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas di samping kita juga dapat berjimat kerana bahannya tidaklah terlalu mahal di samping ianya adalah dari bahan asli tanpa pengawet.

Antara fungsi terbaik jika kita amalkan meminum minuman detox ni ialah ianya dapat :

  • Mencuci dalaman perut dan usus

  • Menurunkan berat badan

  • Mengempiskan perut

  • Melegakan sakit tekak

  • Mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi

  • Membuang toksin dalam badan

  • Mengurangkan masalah selesema


TUBUH MENAWAN DENGAN AIR DETOX




 

Cara-cara untuk menyediakan air detox :

 

  1. Sediakan buah-buahan yang sesuai untuk detox. Anda boleh gunakan apa-apa sahaja buah-buahan citrus, seperti limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, tembikai, pear, timun, strawberry, atau lain-lain buah-buahan yang membantu proses detox.
    Buah-buahan ini anda pilih lah beberapa biji yang anda suka. Kalau boleh berlainan warna kerana fungsi warna juga membantu dalam proses detox.
    Anda juga boleh tambahkan daun pudina untuk rasa yang lebih segar.

  2. Potong atau hiris buah-buahan tersebut nipis-nipis. Kemudian masukkan ke dalam botol atau balang yang boleh di tutup.

  3. Kemudian tambahkan air sejuk atau air dari peti ais sebanyak 1 liter. Jika suka anda boleh tambahkan ketulan ais, tapi anda harus ingat ketulan ais tidak baik untuk kesihatan. Jika bentuk badan cantik tapi kesihatan tak dijaga tak guna jugak kan? Jadi, yang penting badan yang sihat kerana mencegah lebih baik dari merawat.

  4. Bila semuanya dah sempurna, tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman atau paling kurang 8 jam sebelum boleh di minum.


TUBUH MENAWAN DENGAN AIR DETOX




 

PERINGATAN!

  1. Jangan dicampur dengan gula kerana gula akan menambahkan kalori dalam badan dan proses detox ini tidak akan menjadi seperti yang kita inginkan.

  2. Sebaiknya anda minum pada awal pagi sebelum menjamah makanan. Bagi anda yang bekerja, penulis cadangkan anda lakukan pada hujung minggu kerana proses detox ini akan menyebabkan perut cepat memulas dan pasti akan kerap ke tandas. Jadi pastikan pengamalannya tidak mengganggu rutin harian anda sehari-hari.


SELAMAT MENCUBA!


 

 

 

2 comments:

Asma Dinie said...

Terima kasih berkongsikan menu air ni..

admin said...

Sama-sama.. :)