Thursday, 19 February 2015

MAHMUDAH DAN MAZMUMAH

MAHMUDAH DAN MAZMUMAH-Allah S.W.T telah mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W sebagai utusan untuk mengajak sekalian manusia untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada-Nya. Baginda Rasul S.A.W telah mengajar umatnya untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Antara perkara yang diajar oleh baginda ialah sifat-sifat Mahmudah dan Mazmumah.

MAHMUDAH DAN MAZMUMAH




 

Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar kelakuan dan tingkahlaku yang mulia seperti suka menderma.
Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina seperti suka makan rasuah.

Tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka membantu orang ramai, merendah diri dan lain-lain.
Tingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang, sombong diri dan lain-lain.

Kedua-duanya berpunca dari dua sifat di atas iaitu Mahmudah dan Mazmumah.

Tempatnya Hati :
Mahmudah dan Mazmumah berpunca dan bersarang di hati. Benarlah kata Nabi saw,
ألا وإن فى الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله وإذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهى القلب 
“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah jasad seluruhnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah jasad seluruhnya, ia adalah hati”

Punca Penyakit dan Punca Maksiat
Penyakit hati atau maksiat hati atau maksiat batin sangatlah banyak. Ianya berhajat kepada usaha yang berterusan dan cara mengubatinya sangatlah susah.

Segala jenis maksiat yang berlaku hari ini seperti bunuh, rogol, curi, rasuah, kezaliman, penindasan, penolakan terhadap hukum ALLAH adalah berpunca dari dalaman diri manusia(rohani). Jika lemah rohaninya, maka segalanya akan hanya mengikut kehendak nafsu dan sesungguhnya jihad yang paling besar pada zaman ini ialah jihad menahan nafsu.

Di antara penyakit itu ialah riya’, takabbur, ‘ujub, sum’ah, gila harta, gila pangkat dan lain-lain.

MAHMUDAH DAN MAZMUMAH




10 SIFAT MAZMUMAH

  1. Ghadab - marah

  2. Hasad Dengki

  3. Bakhil - kedekut

  4. Syarhu Ta'am - "Buruk Makan"

  5. Syarhu Kalam - "Buruk Cakap"

  6. Hubb al-Jah - Gila Kuasa

  7. Hubb al-Dunya - Gila Dunia

  8. 'Ujub - Hairan Diri - Syok sendiri

  9. Takabbur - Sombong

  10. Riya' - menunjuk-nunjuk.


 

10 SIFAT MAHMUDAH

  1. Taubat

  2. Khauf - takut

  3. Zikr al-Maut - Ingat Mati

  4. Mahabbah - kasih sayang

  5. Zuhud

  6. Tawakkal

  7. Ikhlas

  8. Syukur

  9. Redha

  10. Sabar


MAHMUDAH DAN MAZMUMAH




 

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat menjadikan kita insan yang diredhai Allah dan mudah-mudahan kita yang mengamalkannya terhindar dari segala bisikan nafsu dan bisikan syaitan laknatullah. Bak kata pepatah arab, “ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah”. Jadi, apa guna kita berusaha menanam pokok tapi tidak dapat menuai hasilnya. Betul x? Jangan kita golongkan diri kita dalam golongan orang-orang yang rugi. Semoga bermanfaat.

 

No comments: