Friday, 20 February 2015

10 BANDAR DI MALAYSIA DENGAN KOS SARA HIDUP TINGGI

10 BANDAR DI MALAYSIA DENGAN KOS SARA HIDUP TINGGI-Dipetik daripada kajian yang dilakukan oleh The Malaysia Insider, berikut merupakan 10 tempat atau bandar yang mempunyai kos sara hidup paling mahal. Perkara yang dikaji bagi menentukan kedudukan kos sara hidup bandar-bandar ini ialah dari segi harga barangan keperluan harian dan juga keperluan pendapatan minima untuk hidup selesa. Barangan keperluan yang diambil kira adalah seperti ayam dan sayuran.  Tambahan pula, dengan kadar sewa rumah serta harga rumah yang tinggi dan harga barangan keperluan harian yang agak mahal, seseorang itu mestilah mempunyai gaji sekurang-kurangnya RM4 000 sebulan untuk tinggal di sebelah pulau di Pulau Pinang.

10 BANDAR DI MALAYSIA DENGAN KOS SARA HIDUP TINGGI




Antara bandar atau tempat yang mempunyai kos sara hidup paling tinggi ialah :

  1. Pulau Pinang (bahagian pulau)

  2. Bintulu, Sarawak

  3. Paka atau Kerteh, Terengganu

  4. Miri, Sarawak

  5. Kuala Lumpur

  6. Kuala Terengganu, Terengganu

  7. Kuching sarawak

  8. Klang

  9. Labuan

  10. Johor Bahru


Ianya dikira paling tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Turut seiring dengan Pulau Pinang ialah bandar perindustrian Bintulu di Sarawak dan Paka di Terengganu. Namun, harga barangan di Pulau Pinang jauh lebih rendah jika mereka tinggal di tanah besar iaitu di Seberang Prai. Berkemungkinan itulah salah satu sebab ramai penduduk Pulau Pinang tinggal di tanah besar walaupun bekerja di pulau.

Tambahan pula, mungkin ini juga merupakan punca kepada kesesakan apabila berlaku setiap hari di jambatan Pulau Pinang dan feri sehingga menyebabkan jambatan kedua terpaksa dibuat untuk disambungkan ke ‘Pulau Mutiara’ itu.

Harga sekilo ayam di pasar George Town adalah RM9 berbanding RM7 di Kuala Lumpur dan RM6.50 di Klang. Selain itu, Kadar sewa rumah juga tinggi di Pulau Pinang. Sebuah rumah teres satu tingkat tiga bilik di Tanjung Tokong disewa dengan kadar RM1,000 sebulan. Namun, kadarnya lebih rendah di kawasan Batu Kawan atau Nibong Tebal yang boleh diperoeh sekitar RM500 sebulan.

10 BANDAR DI MALAYSIA DENGAN KOS SARA HIDUP TINGGI




Walaupun kos sara hidup agak rendah di Kuala Terengganu jika hendak dibandingkan dengan bandar-bandar lain, namun harga barangan keperluan hariannya adalah antara yang tertinggi berbanding bandar-bandar lain di Semenanjung Malaysia. Harga ayam di Kuala Terengganu adalah RM7.50 sekilogram berbanding Kuala Lumpur RM7.00 dan Klang hanya RM6.50. Begitu juga dengan harga ikan. Walaupun Terengganu mempunyai ramai nelayan dan rata-rata penduduknya bekerja sebagai nelayan, tetapi harga ikannya antara yang termahal. Mungkin kerana kesegaran ikannya berbeza dengan ikan di pasaraya.

Harga ikan kembong di pasar Chabang Tiga, Kuala Terengganu adalah antara RM10.00 ke RM15.00 sekilogram bergantung kepada kualiti ikan itu. Namun oleh kerana kos sewa rumah dan jalan raya tanpa tol di Kuala Terengganu, ia menyebabkan kos sara hidupnya tidak terlau tinggi jika hendak dibandingkan dengan bandar-bandar besar yang lain. Dengan pendapatan RM2,500 sebulan, sebuah keluarga boleh hidup di Kuala Terengganu dengan memiliki sebuah kereta dan rumah sewa.

Namun di Paka dan Kerteh yang terletak di daerah Kemaman, kos sara hidupnya agak tinggi. Hal ini disebabkan oeh kedua-dua bandar ini menjadi tempat tinggal pekerja industri gas dan petroleum. Ianya memberikan kesan pahit kepada penduduk tempatan yang terpaksa bersaing untuk mendapatkan barangan keperluan harian dengan pekerja industri yang mempunyai pendapatan lebih baik berbanding mereka.

10 BANDAR DI MALAYSIA DENGAN KOS SARA HIDUP TINGGI




Keadaan yang sama beraku di Sarawak di mana bandar Bintulu dan Miri menjadi pusat industri gas dan petroleum yang menjadikan penduduk bandar ini terpaksa menghadapi kos sara hidup yang tinggi. Yang paling menakutkan, harga rumah di kawasan ini naik mendadak di samping harga barangan meningkat dengan ketara.

Jadi, penulis nasihatkan supaya para pembaca dapat mengawal perbelanjaan harian dan amalkan berjimat cermat. Yang paling penting jangan membazir. Kaya mana pun kita, berjaya macam mana pun kita, siapa pun kita, kenala beringat bila berbelanja. ‘Sesungguhnya membazir itu adalah saudara amalan syaitan’. Jadi, semoga kita dilimpahkan rahmat dan berkat serta semoga negara kita bertambah maju bukan sahaja dari segi harta dunia tetapi juga dari segi ‘harta’ akhirat. WALLAHUA’LAM.

 

 

 

 

 

 

 

 

No comments: