Yang menariknya, Facebook ini diasaskan oleh seorang pemuda yang bernama Mark Zuckerberg. Beliau berasal dari White Plains, New York. Seperti yang kita sudah sedia tahu, Facebook ini ada pelbagai fungsi seperti berkongsi gambar dan video, berkongsi perasaan, berkongsi idea dan terdapat juga apikasi permainan.
Selain daripada fungsi yang sedia ada, Facebook kini telah memperkenalkan sebuah fungsi baru yang dipanggil ‘Legacy Contact’. Fungsi ini membolehkan pengguna menambah rakan atau ahli keluarga untuk menguruskan akaunnya selepas si pengguna meninggal dunia.
JOM WASIAT AKAUN DI FACEBOOK
Dengan adanya fungsi ini, apabila pihak Facebook menerima informasi berkenaan pengguna yang telah meninggal dunia, mereka akan mengubah status akaun tersebut, sekaligus memberikan akses kepada penama pada “Legacy Contact”.
Penama tersebut boleh pin akan sesuatu kemaskini pada ‘Timeline’, memberikan respon kepada permintaan rakan baru, dan pada masa yang sama boleh mengemaskini gambar profil pengguna. Namun, Facebook tidak memberikan akses untuk penama tersebut membaca mesej-mesej pengguna, ataupun mengemaskini status dan menulis dengan menggunakan akaun profil pengguna yang telah meninggal dunia.
Sebagai permulaan, Facebook dilihat memperkenalkan fungsi ini secara berperingkat kepada semua penggunanya dan mungkin ianya akan mengambil masa beberapa minggu sebelum semua pengguna menerimanya. Untuk menyemak sama ada akaun pengguna telah menerimanya atau sebaliknya, pengguna boleh ke halaman Settings > Security dan memilih Legacy Contact.
JOM WASIAT AKAUN DI FACEBOOK
Dari segi kebaikan untuk umat Islam, Legacy Contact ini boleh memberikan laluan kepada waris atau sahabat pengguna untuk memadamkan segala gambar yang tidak menutup aurat serta semua status yang boleh mendatangkan dosa kepada pengguna. Dosa-dosa pada laman sosial akan kekal dan terus disalurkan kepada yang empunya akaun selagi ianya tidak dipadam. Jadi, dengan adanya Legacy Contact ini, waris dapat membantunya memadamkan segala status atau gambar berunsur kemaksiatan untuk kesejahteraan si mati.
No comments:
Post a Comment