Sebahagian daripada wanita tidak tahu apa yang dipandang oleh seorang jejaka dan ini membuatkan perempuan tidak ambil kisah tentang penjagaan diri sama ada dari segi jasmani, rohani dan juga kekemasan diri. Kepada yang belum tahu, jom kita teliti 6 fakta di bawah yang pasti akan mengubah personaliti diri anda untuk memikat sang jejaka.
- Keluhuran Hati
Pada kebiasaannya, lelaki akan lebih tertarik dengan gadis yang bersikap lemah lembut, mengambil berat serta penuh kasih sayang.
Wajah yang ayu mampu membuat lelaki berasa tenang ketika stres, cemas atau gelisah malah lelaki akan berasa senang hati ketika mahu bermanja.
- Penuh Pengertian
Sikap memahami akan membuatkan lelaki rasa diterima seadanya baik dan buruknya. Sikap ini akan kelihatan apabila si gadis mudah untuk memahami dan memaafkan serta memilih waktu yang tepat untuk berbincang tentang sesuatu masalah.

Jika lelaki ada membuat kesilapan, gadis yang penuh pengertian tidak akan terus melemparkan tuduhan tetapi cuba untuk mendengar penjelasan daripada lelaki, memahami keadaan dan bait-bait permasalahan yang berlaku serta berbincang jika masalah tersebut berlaku antara lelaki dan si gadis tersebut.
- Pandai Menghargai
Saat dipuji dengan tulus dan ikhlas dan diberi kepercayaan, penghargaan tersebut membuat mereka berasa bangga dan disayangi. Menghargai ini juga boleh diluahkan melalui ucapan terima kasih apabila si jejaka membuat sesuatu untuknya ataupun mendapat sesuatu yang sangat bernilai.
- Menjaga Penampilan
Sudah menjadi lumrah seorang gadis yang menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Pemakaian dan penampilan yang baik mencerminkan keperibadian dirinya.
Jika ditakdirkan gadis tersebut menjadi teman hidup, lelaki pasti akan memilih seseorang yang mampu menjaga dirinya serta diri teman hidupnya. Kalau diri sendiri pun tidak terurus, macam mana nak urus keluarga? Tak gitu?
- Pandai borak atau pandai cakap
Ciri-ciri yang lain ialah pandai berkomunikasi. Gadis yang pandai berbual dan mesra lebih menarik perhatian sang jejaka! Jika gadis tersebut jenis yang pandai bergurau atau boleh diajak bergurau, akan menjadikan lelaki lebih tertarik kepadanya kerana gadis yang boleh bergurau ini nampak sangat sempoi dan happy go lucky!
- Pandai menyesuaikan diri
Ini merupakan ciri-ciri bonus yang jarang ada pada diri seorang perempuan dan lelaki akan menilai gadis yang mempunyai ciri-ciri ini adalah seorang yang matang dan bijak.
Mengapa? Sebab mereka ini tahu peranan jika berhadapan dengan orang yang lebih tua dan berperangai mengikut keadaan sekelilingnya. Selain itu, mereka boleh diajak ke mana sahaja dan tidak berasa kekok berada di bandar mahupun di kampung. Maksud ‘diajak ke mana sahaja’ bukannya seperti escort girl atau cikaro. Maksudnya di sini ialah gadis tersebut boleh terima keadaan sama ada selesa ataupun tidak.
No comments:
Post a Comment