Thursday, 12 February 2015

RAHSIA KECANTIKAN KULIT 5 SELEBRITI KOREA

RAHSIA KECANTIKAN KULIT 5 SELEBRITI KOREA-Selebriti-selebriti dari negara Korea sememangnya terkenal dengan kulit muka yang cantik dan mulus. Pasti anda tertanya-tanya apakah rahsia mereka?

Bacalah di sini untuk anda mengetahui rahsia-rahsia kecantikan daripada lima bintang terkenal di Korea!

Go Hyun Jung


Pada tahun 2011, Go Hyun Jung atau lebih dikenali Go telah menerbitkan sebuah buku mengenai rahsia penjagaan kulit yang laris dijual dalam hanya 2 hari. Antara rahsia kecantikannya adalah untuk elak daripada makan makanan yang pedas dan masin demi mengekalkan kulit yang cerah. Dia juga adalah peminat ikhlas teh grapefruit yang membantu dalam mengekalkan kulit yang cantik dan berseri.


Song Hye Kyo






Walaupun Song Hye Kyo berusia 33 tahun, namun kelihatan seperti remaja kerana pandai menjaga dirinya. Dia mengelak daripada memakan makanan coklat, teh hitam dan makanan ringan dan sebaliknya dia banyak memakan buah, sayur-sayuran dan sekali-sekala, telur.

Setiap 2 minggu, dia juga akan meletakkan mask dengan telur putih dan madu di atas kulit muka. Fungsinya mampu memutihkannya. Khasiat madu sebenarnya dapat mengurangkan garis-garis halus. Dia juga membasuh mukanya dengan susu.

Song Joong Ki



Kata Song, rahsia kecantikannya adalah dengan memakan sebiji epal dan minum yogurt setiap hari. Dia seorang yang gemar bersenam percaya bahawa senaman memainkan peranan yang penting dalam kecantikan dan kecergasan badan dan rohani.

Yoon Mi Rae



Yoon adalah seorang yang rajin menggunakan minyak kelapa untuk kecantikkannya. Minyak kelapa sememangnya mempunyai banyak faedah dan mengandungi pelbagai vitamin dan mineral!

Goo Hara

 




Penyanyi berbakat yang bernama Goo Hara ini mencadangkan anda untuk meminum pelbagai jenis jus untuk mendapatkan kulit yang cantik. Antara jus kegemarannya ialah mengandungi pisang dan badam.

Goo Hara mempercayai bahawa jus buah yang segar mempunyai khasiat yang dapat membantu meningkatkan metabolisme anda.

2 comments:

MySensasi said...

Cantik sangat ke orang korea ni? Mcm biasa je..hehe

admin said...

sangat2 kot..hahaha..