Thursday, 12 February 2015

HIDUP LEBIH MUDAH DENGAN MYMAXIS!

HIDUP LEBIH MUDAH DENGAN MYMAXIS!-MyMaxis adalah satu aplikasi terbaru yang diperkenalkan oleh Maxis bertujuan untuk memudahkan para pengguna untuk menguruskan akaun masing-masing. Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Maxis merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di negara kita dan mempunyai jutaan pengguna tidak kira sama ada dari semenanjung mahupun dari Sabah dan Sarawak. Di antara kemudahan yang terdapat pada MyMaxis dan pasti akan mengurangkan kadar tekanan yang dihadapi oleh pengguna saban hari adalah seperti pengendalian informasi akaun, melihat dan memuat turun bil-bil bulanan, membuat pembayaran, menggunakan perkhidmatan tambah nilai dan mengetahui ganjaran yang diperolehi.

Susun atur yang ringkas dan menampilkan ciri-ciri terbaru merupakan konsep terkini aplikasi ini berbanding aplikasi yang terdahulu. Antara fungsi terbaru yang pasti akan menarik perhatian kebanyakan dan boleh dikatakan kesemua pengguna telefon pintar iaitu keupayaan untuk mengesan penggunaan data internet. Analoginya, telefon pintar tanpa internet ibarat tunggul kayu. Fungsinya tidak meluas dan tidak banyak. Betul tak? Zaman sekarang ni jika tidak ada facebook, whatsapp, wechat, dan sebagainya macam rasa tak best. Zaman dah berubah kan? Idealogi dan pemikiran semakin berkembang pesat dek kemajuan yang semakin membangun. Di bawah ini penulis tunjukkan paparan fungsi tersebut.



Aplikasi MyMaxis ini berkebolehan untuk menunjukkan penggunaan data bulanan, berapa jumlah data yang telah digunakan, serta tempoh masa sebelum data dikemas-kini.

Selain daripada itu, aplikasi ini juga memuat turun bil terdahulu bagi tujuan penyemakan. Jadi, pengguna boleh menyemak sama ada terdapat tunggakan bil ataupun tidak. Lebih menarik lagi, aplikasi MyMaxis ini boleh menunjukkan ganjaran berdasarkan lokasi. Sebagai contoh, jika pengguna tidak mengetahui di mana tempat untuk makan tengah hari atau makan malam?

 


Dengan menyemak aplikasi ini sebelum keluar dari rumah atau tempat kerja, pengguna berpeluang untuk menikmati promosi khas di sebahagian restoran yang berhampiran dan terpilih!

Mymaxis ini direka khusus buat pengguna Maxis yang mempunyai akaun di www.maxis.com.my. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma melalui Play Store bagi pengguna Android dan App Store bagi pemilik telefon bimbit jenis iOS.

No comments: