6 dosa yang Allah tidak akan ampunkan :
- Makan harta anak yatim secara haram
Untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak akan terhapus sampai bila-bila.
- Menuduh wanita solehah berzina
Orang yang menuduh wanita solehah berzina atau dalam Islam dipanggil Qazaf, hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. Sekiranya wanita solehah itu tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT.
- Lari dari medan Jihad di jalan Allah
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga. Dalam sejarah Islam, mereka yang lari dari pergi berjihad akan dihukum terus daripada Allah dan melalui Rasulullah. Tetapi Rasulullah S.A.W terpaksa menunggu arahan Allah S.W.T untuk memaafkan kesalahan tersebut.
- Mengamal atau melakukan sihir
Mereka yang belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah S.W.T. Sememangnya mereka tidak layak untuk bertaubat kepada Allah S.W.T melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.
- Syirik kepada Allah dan menduakan Allah
Dosa syirik atau menyamakan Allah S.W.T dengan makhluk sama ada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali dua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah S.W.T rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah S.W.T atau menyamakan Allah S.W.T atau menyekutukan Allah S.W.T.
- Membunuh para nabi yang diutus Allah
Mereka yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah S.W.T untuk mengazab mereka. Rasulullah S.A.W pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W semasa penubuhan Negara Islam Madinah.
Sumber daripada : Kitab Tanbihul Ghafilin
Semoga kita semua terhindar daripada melakukan dosa-dosa yang tertera di atas dan kita cuba untuk jauhkan diri daripada melakukan dosa-dosa yang lain. Sama-sama kita baca, hadham dan sampai-sampaikan kepada yang tidak tahu. WALLAHUA’LAM
1 comment:
Salam kepada semua,
Ini tak betul, orang-orang yang dah melakukan mana-mana dosa yang dinyatakan diatas, tolonglah bertaubat. Allah dah janjikan keampunanya keatas orang-orang yang bertaubat.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. (Quran 39:53-54)
Say, "O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah . Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful."
And return [in repentance] to your Lord and submit to Him before the punishment comes upon you; then you will not be helped. (Quran 39:53-54)
Bertaubat lah.
Post a Comment