Thursday, 26 February 2015

BANGUNAN DI PLANET MAKHLUK ASING?

BANGUNAN DI PLANET MAKHLUK ASING?-Makhluk asing atau juga dipanggil alien adalah sejenis makhluk yang tinggal luar daripada bumi. Seperti yang kita sering digembar-gemburkan oleh media barat, makhluk asing ini mempunyai bentuk yang sangat pelik dan jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan manusia seperti mempunyai mata yang besar berwarna hitam, kepala yang berbentuk bujur serta mempunyai badan yang sangat kurus dan jari-jari yang runcing. Jika benar makhluk asing wujud, tentu mereka telah jauh lebih maju daripada manusia. Tentu bangunan mereka lebih tinggi serta hebat berbanding apa yang manusia miliki di bumi. Hal ini kerana penemuan kapal angkasa makhluk asing yang dipanggil UFO yang sempat dirakam oleh jurugambar-jurugambar sama ada secara sengaja ataupun tidak. Jadi, sudah tentulah teknologinya lebih hebat dan canggih jika hendak dibandingkan dengan teknologi manusia yang hanya boleh sampai ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

BANGUNAN DI PLANET MAKHLUK ASING?




Apa yang anehnya, tidak ada seorang saksi pun yang menceritakan mereka melihat bangunan-bangunan pencakar langit. Semua bangunan yang ditemui di planet asing adalah lebih kurang sama dengan apa yang kita lihat di bumi iaitu sama ada berbentuk piramid, kubah, bulat, empat segi dan ada yang seperti diperbuat daripada kepingan batu dan sebagainya. Semua bangunan tingginya tidak lebih daripada tiga tingkat! Sedangkan di bumi, manusia telah mendirikan bangunan pencakar langit yang beratus tingkat. Mungkin kerana tanahnya yang tidak kukuh menyukarkan makhluk asing membina bangunan yang tinggi.

Saksi yang berpeluang melawat ke planet asing melaporkan, mereka ada melihat manusia tinggal di sana. Walaubagaimanapun, mereka tidak dibawa untuk berbual dengan manusia ini.

Terdapat 10 saksi yang pernah melaporkan keadaan misteri ini. (Baca: Meet 10 People Who Say They’ve Been Abducted By Aliens - http://www.businessinsider.my/alien-abductees-portraits-2014-8/?op=1)

Seperti yang dimaklumkan oleh para saksi, persekitaran di planet-planet makhluk asing selain dari tanah tandus, terdapat juga planet yang mempunyai tasik, sungai, flora serta fauna. Saksi juga melihat haiwan-haiwan ganjil yang tidak ditemui di bumi. Bunga-bunga di sana juga tidak sama seperti yang ditanam di bumi. Di sana juga terdapat hutan serta pohon-pohon yang banyak.

Bandaraya di sana juga sangat teratur serta bersih. Ada kota yang terdiri daripada piramid yang diperbuat seperti kristal, ada yang diperbuat seperti kristal dan ada yang diperbuat daripada kaca.

Selain itu, di sana juga tedapat pohon-pohon serta tanaman di dalam bandar. Juga terdapat kenderaan yang jauh berbeza bentuknya dari yang wujud di dunia. Walaupun bandaraya besar, namun bangunannya rendah. Ada bandar yang cantik dan semuanya berwarna putih. Ada juga bandaraya yang semuanya berwarna merah.

BANGUNAN DI PLANET MAKHLUK ASING?




Manusia tentu terpegun jika dapat melihat keindahan serta suasana bandaraya di planet makhluk asing. Tapi malangnya, jarak perjalanan untuk ke sana sangat jauh. Manusia belum memiliki teknologi angkasa yang mampu sampai ke situ.

Cerita-cerita daripada manusia yang berpeluang melawat ke sana adalah gambaran paling dekat yang kita boleh perolehi buat masa ini. Jika National Geographic berpeluang untuk ke sana dan membuat penggambaran, tentu ia sesuatu yang hebat. Tetapi ini hanyalah satu khayalan. Walaupun begitu, realitinya sudah ada manusia yang telah sampai ke planet asing dan mereka bukanlah angkasawan.

Persoalannya, kenapa makhluk asing membawa manusia untuk melihat angkasa serta planet mereka?

Jawapannya mungkin terkandung dalam ungkapan dari salah satu makhluk asing pada seorang saksi - "Kami ingin menunjukkan pada anda potensi yang ada pada bangsa manusia".

Ini bermaksud, jika manusia menjaga moralnya dan tidak memusnahkan planet Bumi dengan peperangan serta merosakkan ekologi den persekitarannya, satu hari nanti manusia mungkin mampu meneroka angkasa lepas seperti mereka. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran melalui Surah Ar-Ruum ayat 41,

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

 

Semoga bermanfaat...

 

No comments: