Minyak zaitun
Ambil minyak zaitun dan urut dibahagian yang gelap. Lakukan setiap hari sebelum tidur. Minyak zaitun dapat membantu mncerah dan melembutkan kulit dengan cepat.

Betik segar
Ambil buah betik segar dan potong kecil. Lalu gosokkan di bahagian celah kelangkang. Tunggu ia kering selama 20 minit lalu dibilas dengan air suam. Sentiasa amalkan untuk mendapatkan kulit di celah kelenkang cerah kembali.
Ekstrak buah oren
Gunakan ekstrak buah oren lalu sapukan ke atas kulit gelap menggunakan kapas. Cuci dengan air selepas 20 minit.
Buah tomato
Gunakan tomato dan gosok pada bahagian kulit mati agar ianya menyerap masuk terus ke dalam kulit. Cuci dengan air setelah 20 minit.
Jus lemon
Perah jus lemon ke atas segenggam kapas dan sapu terus ke atas bahagian kulit gelap. Bilas dengan air suam setelah 15 ke 20 minit. Setelah itu sapukan minyak kelapa di bahagian tersebut dan biar sehingga kering. Amalkannya untuk realisasikan kulit cerah semula di bahagian tersebut.
Susu segar
Rendam sebahagian tuala kecil di dalam susu segar yang sejuk dan sapukan di bahagian kulit yang gelap tersebut. Susu berfungsi untuk mencerahkan kulit secara semula jadi. Ianya akan lebih cepat berkesan jika kerap diamalkan.
Sumber-eh.com.my
[caption id="attachment_6635" align="aligncenter" width="600"]
Foto-agro-business.ro[/caption]
No comments:
Post a Comment