Sunday, 8 November 2015

KHASIAT AIR BERAS YANG PATUT ANDA TAHU

KHASIAT AIR BERAS YANG PATUT ANDA TAHU | Selepas membasuh beras, airnya jangan dibuang kerana air beras mempunyai khasiat yang berguna untuk kita. Beras mengandungi vitamin dan mineral seperti kalsium, iron,fiber,niacin, Vitamin D, thiamine dan riboflavin. Beras juga kaya dengan karbohidrat dan tidak mengandungi kolestrol.

Berikut beberapa khasiat air beras :

  1.    Air Basuhan Beras Yang Pertama



  • Air basuhan pertama dapat digunakan untuk mencuci ikan dan ayam bagi menghilangkan bau hanyir. Boleh juga digunakan untuk membasuh sayur-sayuran untuk menghilangkan kotoran pada sayur. Sesuai dijadikan baja pokok kerana ia akan berbuah lebat



  1.    Air Basuhan Kedua



  • Air basuhan kedua sangat elok digunakan bagi wanita yang inginkan kulit putih, gebu dan mulus semulajadi. Sangat sesuai bagi anda yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat.



  • Dapat menyerikan wajah, bagi orang Islam mereka mengamalkan bacaan selawat sebanyak tiga kali sebelum menyapukan air ke wajah.



  • Sesuai dibuat sebagai mandian bagi menggantikan susu dan juga scrub badan. Ia boleh digunakan begitu sahaja untuk mandian atau anda ingin campurkan dengan bunga-bunga agar lebih wangi dan membangkitkan aura positif di dalam badan..



  1.    Air Didihan Beras Sebelum Menjadi Nasi



  • Khasiat air didih beras pun tidak kurang hebatnya. Anda boleh mengamalkan air didihan beras secara sejuk atau suam dengan campuran gula atau tidak. Khasiatnya, akan membuatkan suara menjadi lunak bagi seorang yang suka menyanyi  atau membaca Al-Quran.



  • Berita baik buat wanita, anda yang mengamalkan air didihan beras sebelum tidur ia akan membuatkan payudara anda menjadi tegang dan montok secara semulajadi.


Sumber-woman online magazine

beras

No comments: