Thursday, 5 November 2015

KEPUTUSAN PIALA MALAYSIA PERAK VS JDT

Keputusan Piala Malaysia Perak vs JDT. Cuma satu perlawanan yang berlangsung pada 5.11.2015 iaitu perlawanan di Stadium Ipoh membabitkan Perak dan JDT. Perlawanan ini merupakan perlawanan hidup mati Perak namun JDT telah pun lebih awal layak ke suku akhir.

[caption id="attachment_6606" align="aligncenter" width="300"]Piala Malaysia 2015 Piala Malaysia 2015[/caption]

masih segar dengan kemenangan di final Piala AFC lalu, JDT terus memberikan persembahan bertenaga untuk menewaskan Perak 1-2 dihadapan penyokong lawan. Dengan kekalahan ini , Perak tersingir dalam perebutan ke peringkat suku akhir.

Dalam perlawanan ini, Perak terlebih dahulu dihadapan menerusi jaringan pemain import, Charles Souza Chad pada minit ke-29 sebelum Amri yahya menjaringkan gol pada minit 34 untuk kedudukan kembali terikat. Safee Sali menjaringkan gol kemenangan JDT pada lewat separuh masa pertama.

Kumpulan B masih berbaki 1 perlawanan dengan Sarawak dan ATM masih berpeluang mengiringi JDT ke suku akhir.

No comments: