Saturday, 7 November 2015

BAHAYA MENJEMUR KAIN DI DALAM RUMAH

BAHAYA MENJEMUR KAIN DI DALAM RUMAH-Ibu-ibu , isteri-isteri semua mesti pernah jemur baju dalam rumah kan? Lebih-lebih lagi musim hujan atau bila keadaan tidak berapa elok seperti jerbu. Para pelajar yang duduk asrama juga turut mengamalkannya kerana tidak ada ampaian diluar yang terdedah kepada cahaya matahari. So inilah keburukannya . Jangan buat dahh okayy.

BAHAYA MENJEMUR KAIN DI DALAM RUMAH


jemuran dalam rumah

  1. Boleh Jadi Kanser


Jika anda suka guna pelembut kain selepas mencuci pakaian kerana bau yang wangi, perlu tahu kandungan acetaldehydes yang tinggi menjadi sebab utama penyakit kanser. Lebih elok cuba elak menjemur kain di dalam rumah kerana berbahaya jika anda selalu sedut udara tersebut.

  1. Pengaruh Alergi


Udara yang terperangkap di dalam rumah boleh menjadi bakteria. Kalau anda yang ada masalah kulit, kena belajar elak jemur kain di dalam rumah, ya. Sebab ini salah satu faktor utama anda mengalami alergi (ruam) dan masalah gangguan pernafasan.

  1. Beracun


Pernah tak anda basuh kain dan terlupa nak sidai dan akhirnya kain yang dibasuh bertukar bau jadi busuk walau pun pakaian sudah direndam pelembut. Ya, itulah racun. Hanya dalam jangka waktu tertentu, udara yang disedut beri kesan buruk kepada kesihatan kepada anda tanpa disedari.

BAHAYA MENJEMUR KAIN DI DALAM RUMAH


jemur-pakaian

  1. Asma


Pengeringan pakaian di dalam ruangan akan meningkatkan kelembaban ruangan dan menyebabkan kenaikan debu. Ini adalah satu alasan utama penyebab asma dan alergi.

  1. Lemahkan sistem ketahanan tubuh


Boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh kalau selalu amal jemur kain dalam rumah. Jadi tidak pelik kalau anda cepat selesema, demam atau mungkin diserang pelbagai penyakit lain. Jalan penyelesaiannya, anda boleh sediakan tempat jemuran di luar rumah. Kalau tiada tempat sangat, cuci kering lagi selamat. Cuma jimat tidak begitu nak menjadilah! Semuanya di tangan anda, kalau boleh pastikan kain yang basah terdedah dengan sinaran matahari tetapi jangan secara terus. Nanti cepat pula kusam dan luntur warna kain anda.

Jadi, perlulah ubah cara hidup yang lebih sihat dan tidak memberikan apa-apa jangkitan kuman terhadap diri sendiri mahupun orang lain terutamanya ahli keluarga. Semoga bermanfaat. WALLAHUA’LAM...

No comments: