8 - 6 BULAN SEBELUM
Bagi pengantin lelaki dan perempuan:
Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin. Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut. Tentukan lokasi majlis perjahwinan dan menempahnya jika perlu. Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal. Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda. -deposit done Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya. -beli Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan. Menentukan tema warna/konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini. Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya).
1. Lakukan Syarat Sah Perkahwinan
Utamakan perkara paling penting untuk syarat sah perkahwinan anda dahulu. Pergilah mendaftar kursus kahwin bersama dengan pasangan anda mahupun secara bersendirian.
Lengkapkan juga segala borang dan dokumen yang berkait rapat dengan perkahwinan dan semakan semula segala dokumen yang berkaitan dengan perkahwinan. Jangan lupa juga untuk memenuhi syarat yang lain, seperti ujian HIV.
Ini memudahkan lagi untuk anda dan pasangan merancang ke tahap seterusnya. Ia juga mengelakkan kesulitan dan kecelaruan pada saat-saat akhir.
2. Bincang Bajet Perkahwinan
Anda dan pasangan, termasuk keluarga kedua-dua belah pihak, hendaklah duduk berbincang mengenai berapa banyak akan diperuntukkan untuk majlis perkahwinan anda, tidak kira untuk majlis di sebelah perempuan atau ketika bertandang ke pihak pasangan anda.
Bincangkan berapa jumlah untuk wang hantaran dan set perkahwinan yang bertepatan dengan anda berdua. Set perkahwinan termasuklah untuk kos sewa meja dan kerusi, khemah, katering, kad perkahwinan, set pakaian untuk majlis kahwin, set audio dan karoeke.
Jangan dilupa juga kos sewa untuk majlis itu dilangsungkan. ( jika anda buat di dewan atau hotel)
# Bajet mengikut kempampuan anda, tidak perlu sehingga berhutang semata-mata untuk memastikan majlis perkahwinan anda dibuat dalam majlis yang besar.
3. Tetapkan Tempat & Tetamu
Bincangkan tempat yang sesuai untuk melangsung majlis perkahwinan anda. Pastikan majlis itu berlangsung dekat dengan perumahan anda dan mudah untuk pergi majlis perkahwinan anda. Lebih mudah jika dilakukan di sekitar rumah anda.
Jemputlah juga jiran-jiran di kawasan tempat tinggal anda untuk hadir ke majlis tersebut. Jangan lupa untuk menjemput kesemua rakan-rakan anda sekali. Pastikan berapa jumlah tetamu anda bagi mengelakkan kekurangan makanan untuk dihidangkan kepada tetamu anda nanti.
4. Tetapkan Masa & Tarikh
Pilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan majlis pernikahan anda. Pastikan tarikh yang dipilih bersesuaian untuk memudahkan majlis perkahwinan untuk diuruskan dan memudahkan tetamu datang ke majlis anda.
Seelok-eloknya pilihlah majlis itu dilangsungkan pada cuti sekolah. Elakkan daripada memilih pada musim perayaan, bimbang ramai yang tidak dapat hadir kerana meluangkan masa bersama keluarga dan menyambut perayaan.
# Jika anda mahu melangsung perkahwinan berkonsepkan outdoor, elakkan memilih majlis perkahwinan pada hujung tahun kerana hujung tahun biasanya berlaku musim tengkujuh.
5. Pilih Tema Perkahwinan
Kini sudah menjadi trend pasangan memilih tema untuk perkahwinan mereka. Terdapat pelbagai jenis tema perkahwinan yang dilakukan. Antaranya ialah berkonsepkan taman mahupun princess dan English style
Ada juga melangsungkan perkahwinan mengikut asal keturunan mereka, contohnya perkahwinan berkonsepkan Jawa, Minangkabau mahupun tradisional Melayu
Pilihlah perkahwinan yang bersesuaian dengan anda dan pasangan anda. Pastikan tona warna pada pakaian pengantin dan juga persekitaran majlis bersesuaian dengan konsep supaya kekal meriah dan ceria.
6. Sediakan Cenderahati
Jangan dilupakan untuk memberikan cenderahati kepada kesemua tetamu yang hadir pada majlis anda. Ia sebagai tanda terima kasih kepada mereka kerana sanggup meluangkan masa mereka untuk memeriahkan majlis perkahwinan anda.
Anda boleh memberi cenderahati mengikut kreativiti dan bajet anda, tidak kira dengan memberi telur rebus kepada mereka.
Aturkanklah majlis perkahwinan anda seeloknya dan sebijak mungkin bagi memastikan kelancaran pada majlis perkahwinan anda dan juga pasangan anda supaya ia kekal menjadi kenangan terindah kalian hingga ke hari tua
Seelok-eloknya, pada majlis perkahwinan ini berbelanjalah secara berhemah. Utamakan keluarga dalam urusan perkahwinan dan moga ikatan yang terjalin akan kekal hingga nafas yang terakhir.
No comments:
Post a Comment