Wednesday, 14 October 2015

MAKANAN BANTU BAKAR LEMAK DI PERUT

MAKANAN BANTU BAKAR LEMAK DI PERUT | Anda memiliki masalah berat badan? Terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu membakar lemak,menstabilkan kolestrol dan meningkatkan metabolisme.

Berikut 6 makanan yang boleh diamalkan untuk membakar lemak.

 

1.Makan Putih Telur

Putih telur antara makanan yang menjadi sumber protein paling baik. Protein di dalam putih telur dapat membakar lemak. Elakkan memakan telur kuning kerana mempunyai kolesterol yang tinggi.

2.Minum Teh Hijau

Pengambilan Teh hijau boleh membantu meningkatkan tahap metabolisme dan membakar kalori dengan lebih banyak. Sentiasa amalkan minum teh hijau sebagaimana diamalkan oleh orang Cina terdahulu.

3.Makan Lada Atau Cili Api

Cili atau lada mengandungi vitamin A, C, serat, kalsium dan fosforus. Ia dapat membantu meningkatkan metabolime badan dan turut membakar lemak.

4.Pegambilan Oat

Oat merupakan jenis bijiran yang dapat mengurangkan rasa lapar. Oat mengandungi serat yang dapat menstabilkan kolestrol sekaligus dapat mengurangkan masalah penyakit jantung. Seeloknya makan di waktu pagi.

5.Buah Anggur

Anggur mempunyai kandungan sumber vitamin C dan mempunyai khasiat yang dipanggil ‘pektin’, dikatakan dapat membantu menurunkan tahap kolesterol seseorang.

Sumber-woman online magazine

 

No comments: