Tuesday, 27 October 2015

KHASIAT MINYAK ZAITUN MAMPU CEGAH PENYAKIT KRONIK

KHASIAT MINYAK ZAITUN MAMPU CEGAH PENYAKIT KRONIK | Minyak zaitun adalah minyak yang baik untuk kesihatan. Minyak zaitun berasal dari buah zaitun dan sering digunakan di dalam pemakanan dan kegunaan luar seperti di sapu pada kulit dan tubuh.

Minyak buah zaitun mempunyai banyak khasiat. Nabi Muhammad SAW juga menganjurkan penggunaan minyak zaitun .

Minyak zaitun mempunyai lemak mono tak tepu dan lemak tepu juga lemak poli tak tepu dengan Omega 3 dan 6. Selain itu, ia juga mengandungi  bahan antioksidan seperti hydroxy tyrosol, oleocanthal, squalene dan beta karotin. Mengandungi vitamin E tokoferol dan vitamin K.

Satu kajian uang dibuat oleh Prof Maria Covas di Sepanyol, seseorang yang mengamalkan pengambilan minyak zaitun dengan kerap mempunyai risio yang rendah untuk mendapat penyakit kardiovaskular. Ia juga dapat mengurangkan masalah keradangan dan disfungsi endothelium saluran darah koronari serta penyumbatan saluran darah.

Satu lagi kajian yang dilakukan di  National Institute of Health and Medical Research (INSERM) di Bordeaux, Perancis mendapati minyak zaitun dapat mencegah angin ahmar dan strok.

Sepasukan ahli sains dari Universitat Autonoma de Barcelona turut menyatakan minyak zaitun dapat mencegah kanser payudara.

[caption id="attachment_6514" align="aligncenter" width="650"]Foto - zonapos.tk Foto - zonapos.tk[/caption]

Kajian dari ahli sains Jepun pula menunjukkan pengambilan minyak zaitun oleh 28 pesakit yang mempunyai masalah kolesterol tinggi selama enam minggu membantu menurunkan paras kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL.

Banyak lagi kajian yang telah dilakukan dan kebaikkan pengambilan minyak zaitun untuk kesihatan. Oleh itu, jom amalkan memakan minyak zaitun. Ia boleh diambil sebagai suplimen untuk mencegah pelbagai penyakit.

Sumber-sentiasapanas.com

No comments: