Tuesday, 27 October 2015

BAYI TIADA KAKI, TANGAN DAN HIDUNG

BAYI TIADA KAKI, TANGAN DAN HIDUNG | Seorang bayi telah kehilangan tangan, kaki dan hidungkan akibat dari jangkitan kuman meningitis. Bayi yang bernama Harmonie-Rose Allen, 2 diserang jangkitan kuman tersebut ketika berusia 9 bulan dan doktor memberitahu peluang untuk anak kepada pasangan Freya Hall dan Ross Allen hanya ada 10 peratus untuk selamat.

Bagaimanapun bayi tersebut kelihatan kuat semangat kerana mampu bertahan walalupun doktor terpaksa memotong kedua belah tangan, kaki dan hidungnya.

Hermonie kini  telah mula belajar berjalan dengan menggunakan sebuah mesin seperti sebuah kerusi roda yang boleh membantunya bergerak.

“Dia kini bukan sahaja boleh berdiri di atas mesin ini tetapi juga boleh menggerakkannya sendiri menggunakan lengan. Pada mulanya agak sukar kerana keadaan tangannya yang pendek tetapi dia tetap berusaha dan berjaya”

“Kami akan memastikan Harmonie dapat meneruskan kehidupannya sebaik mungkin dengan segala upaya kami,” Luah Hall.

Sumber- era.fm

bayi

No comments: