Mengambil makanan laut yang cukup dapat memberikan keperluan protein dan meningkatkan metabolisma badan. Kandungan nutrient juga dapat mengelakkan dari terkena risiko penyakit seperti kardiovaskular, kencing manis dan serangan strok.
Khasiat Ikan Tuna
- Sarat dengan mineral, selenium, magnesium, potasium, kumpulan vitamin B kompleks dan omega-3.
- Dapat mengurangkan risiko darah beku, membekalkan kolestrol, mengelakkan masalah ritma degupan jantung tak sekata, mengurangkan masalah radang dan mengurangkan kesan kolestrol yang bahaya.
- Kandungan vitamin B6 bersama asid folik boleh melindungi dinding arteri daripada risiko aterosklerosis dan mengelak masalah darah tinggi yang boleh menyebabkan kepada serangan jantung.
- Mempunyai omega-3 yang baik untuk maya. Omega-3 dapat menghalang masalah degenerasi makula mata, satu keadaan yang mana penglihatan merosot dan antara risiko yang banyak menyerang mereka yang berusia 50 tahun ke atas.
- Satu kajian menyatakan pengambilan omega-3 dapat mengurangkan sindrom mata kering iaitu punca utama dan aduan yang sering didengar daripada kebanyakan orang.
- Dapat mengurangkan perasaan tertekan yang dialami apabila aliran darah menjadi lancar, membantu fungsi otak, hormon dan sistem pertahanan badan.
Sumber-wanista.com
No comments:
Post a Comment