KANAK-KANAK JUAL LUKISAN DEMI SELAMATKAN BAPA SAKIT | Seorang kanak-kanak dari bandar Changsha, wilayah Hunan China telah menarik perhatian ramai kerana kesanggupannya menjual lukisan hasil karya sendiri demi mencari dana untuk pembiayaan pembedahan bapanya.
Jiang Yake yang berusia 8 tahun melukis secara senyap di dalam wad/ Jiang Yakememberitahu bahawa dia ingin membuat sesuatu untuk bapanya itu dengan menjual lukisan karyanya.
Bapanya menghidap leukimia dan keluarga mereka bimbang akan pembedahan yang mahal.
Ujar ibu Yake, anaknya itu selalu bertanya “ibu, bila saya boleh menjual lukisan saya, saya mahu menjualnya untuk kos rawatan ayah, tidak kiralah berapa banyak bayaran yang orang ramai beri.”
Ibu Yake akhirnya bersetuju. Orang ramai yang mengetahui kisah mereka menyatakan keinginan untuk membantu mereka.
Sumber-sajakongsi.com
No comments:
Post a Comment