
1.Pulau Aur, Johor
Pulau terletak di Mersing, Johor Bahru. Ia adalah sebahagian dari Taman Marina Johor. Pulau ini sesuai untuk membuat aktiviti laut seperti menyelam. Bagi anda yang mahu datang ke sini, anda perlu ke Jeti Mersing dan menaiki bot yang akan membawa anda ke Pulau Aur.
2.Tanjung Simpang Mengayau, Sabah
Dikenali sebagai Tips Of Borneo dan dikenali sebagai 'Tanduk Negeri Sabah' yang menjadi kebanggaan penduduk setempat. Tanjung Simpang Menguyau terletak kira-kira 215 km dari Kota Kinabalu. Para pengunjung perlu membuat pemanduan selama 2 1/2 hingga 3 jam di jalan raya untuk sampai ke sana.

3.Pulau Duyong, Terengganu
Ia terletak di sungai bertentangan dengan Chinatown di Sungai Terangganu. Pengunjung perlu menaiki bot, feri, kereta atau bas untuk ke pulau ini. Menaiki bot hanya mengambil masa 10 minit.
4.Hutan Lipur Jerangkang, Pahang
Hutan lipur ini mempunyai air terjun yang sangat indah dan cukup menenangkan.
Berhampiran air terjun Jerangkang, ada satu lagi air terjun Berkelah. Sangat sesuai untuk anda yang suka berendam.

5.Hutan Lipur Lata Tembakah, Terengganu
Ia terletak di Jertih, Terengganu. Terdapat kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki. Hutan ini terletak di dalam hutan simpan Pelagat dimana terdapat pokok jenis rendah dan berakar besar. Ia terletak di kawasan berbukit.

6.Pulau Gemia, Terengganu
Pulau Gemia terletak 800 meter dari Pulau Kapas. Pasir di persisiran pantai Pulau Gemia putih, air lautnya sungguh jernih. Saiz pulau ini agak kecil. Cukup mempersonakan.
Sumber-sentiasapanas.com
No comments:
Post a Comment